Monday, 18 July 2011

RAHSIA AWET MUDA TUN MAHATHIR

ASSALAMUALAIKUM...

Saya pasti Tuan/Puan kenal sangat dgn Tun Dr.Mahathir Mohammad..kerana saya percaya rata2 Tuan/Puan semua yang membaca artikel ini hidup & membesar di zaman beliau…& saya pun merupakan salah seorang yang hidup & membesar di zamannya..Seperti yg kita tahu Tun M walaupun umur beliau hampir mencecah 90 tahun tetap sihat & mampu untuk berdiri selama 1 jam & lebih semasa menyampaikan syarahan..apakah rahsia beliau…mari kita lihat tips2 beliau kekal sihat & muda melalui petikan temuduga bersama Tun Mahatahir ini~

Apa hobi Tun pada masa lapang?

Sebenarnya saya tidak banyak masa lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan.

Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.
Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?

Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percaya kalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagi tugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatan dan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasa lebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas.

Jadi, orang yang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akan menghabiskan masa siang dan malam mereka.

Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?

Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadang dapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itu telah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripada sakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.

Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitu kalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepada doktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubat yang perlu saya makan.

Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga guna treadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.
Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?

Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari. Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapi kegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yang saya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dan sayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.

Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Saya makan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiap kali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.

Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?

Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbel pagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya juga guna treadmill dan berjalan.

Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersama keluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?

Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekali saya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti pun kalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu ke luar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelah dijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan.

Semasa bercuti, seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Saya biasanya bercuti di laut Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi ke bandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dan kadang-kadang juga di Perancis.

Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?

Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya.

Sebab itu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai. Dan saya tak minat untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.

Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?

Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabun mata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua.

Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.

Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?

Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak boleh berharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripada dapat jangkitan.

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kita tidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnya ada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai.

Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask(topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadhan yang lalu, saya pergi pasar Ramadhan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan dan penjual-penjual tidak memakainya.

Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.
Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?

Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripada awal supaya tidak menjadi terlalugemuk kerana makan keterlaluan dan mereka jaga supaya mereka cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita.

Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkan penyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secara sedikit, tak terlalu banyak.

Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalu mengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir ini memberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendaki terutama berkenaan berat badan.




Dan kita punya profail, kalau kita tengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jaga makan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat. Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang tak begitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bila nampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.

OBSES ATAUPUN???

Obses…bukan obesity k..tetapi OBSES!!!! Yes apa itu OBSES?? Obses ini kalau nak di definisikan secara short-hand nye adalah keterujaann….terlalu Suka!! Banyak perkara yg kita boleh kaitkan bila kita berbicara tntg obsess ni..contoh Obses dengan cinta…ia terlalu normal bila manusia ni obsess terhadap cinta dia, selalunya org yg obsess terhadap cinta ini akan hilang pertimbangan dlm cinta & selamanya cintanya hanya untuk si dia…siang mlm si dia..makan minum si dia… segala2 si dia…mcm si dia tu mmg sah akan jadi Suami/isteri kita semua kan? Tapi yang aku nak citer ni bukan tentang Obses pada cinta..ini Obses kepada FaceBook..

Ye seperti yg kalian semua sedia maklum…facebook (Fb) merupakan satu fenomena global selepas Friendster..myspace..tagged dll..pendek kata pada zaman skrg ni sapa yang xda Fb kira x Update la..x ikut perkembgn zaman… kalau masuk opis pepagi pon perkara yg pertama dibuat adalah open Pc…then Open Fb…check komen…update status…ha itu normal…tapi saya pelikkan aduhai… apabila kita terlalu Obses terhadap FB ini… saya melihat ramai kwn2 saya yang terlalu obsess trhdp Fb….spnjg masa Fb…time keje Fb… tapi yang saya nak bncgkan di sini adalah perlu ke stiap Perkara yang kita Buat kita Update di FB…?? Bak kata Nabil ….’’Baru lepas memasak…sedang tunggu keep it up with Kardashian..LOL!!’’’ haha idea nabil ni betul2 kreatif kerana mengaitkan dgn isu semasa.

So sperti yg saya ckp td…Perlu ke sentiasa nak update apa yg kita buat di Fb kita…perlu ke semua org tahu apa yg kita sdg lakukan skrg..even nak pg tOilet pon update status “U all tunggu skjp ek…I nak pg toilet…nt I catch up u guys lol!~~ ’’ ataupun bila barang kita hilang kita update “ U all Nampak x Henphone i?? henpon I hilang!!! Tlgg iii!!’’’ haha… sah2 kawan ataupun BFF kita xtau mana henpon kamu tu pergi mengilang krn hanya kamu shj yg tau di mana henpon tu berada since dia berada di rumahnya…& kwn2 dia buakn berada di sampingnya…tu kira ok .. kalau dia mintak kwan2 dia tlg carikan henpon dia, x ke pelik??? Nak ke toilet pun nak update status…nak bgtau kwn2 yang dia nak ke toilet melepaskan hajat terpendam…hesh..xde perkara yg senonoh lagi ke nak update…x pun bila time lunch snap pick at kedai makan..snap pic lauk pauk…then buat status “ banyaknya makanan…agak2 nak makan apa ek??’’ haha ni lagi satu yg buat aku selalu tergelak sorang2 bila baca status…nak lunch pun sempat lgi snap pic & Upload gmbr ke Fb & mintak suggestion kwn2 nak makan apa..kalau pikir logic dah ada depan mata jamah je la mana yg berkenan…x perlu smpai nak update status…

Ini adalah pndpt saya tntg perkara ini…so apa kata U all guys?? U all pun sama ke …ataupun average Fb user?? Ataupun passive fb user?? Papepun saya ttp respek apa yg dorang buat sbb itu hak peribadi masing2 nak upload gmbr time mkn ke…..kucing kesayangan anda gigit anda time tidur pun nak update di fb…Cuma bagi saya x perlulah setiap perkara yg dilakukan nak update di Fb ..mungkin itu satu keseronokan dlm web social sprit Fb ni..bila kita update selalu perbincgn yang hangat akan berjalan…adakah ini dikatakn OBSES terhadap FB?? OBSES terhadap apa yang kita lakukan shga segalanya2 kita perlu beritahu semua org?? pendek kita pilihan ini di tgn kita sndri…kita yang menjaga hak kita..kita yg mengawal diri kita…selagi kita tahu batasan kita dlam memberikan maklumat Insyaallah ia tdk mmberikan kesan yang negative kpd diri kita semua…wallahuallam….



Saturday, 16 July 2011

BERSIH 2.0

Seperti kalian semua tahu & dah sedia maklum sgt2…9 Julai 2011 merupakan tarikh Keramat  bagi penyokong BERSIH terutama daripada parti pembangkang yang kononnya ingin memperjuangkan keadilan & Pilihanraya yg telus di Malaysia… Hj Mohammad Sabu atau gelaran politik beliau yang terkenal adalah Mat Sabu adalah individu yang bertanggungjawab dlm mencetuskan idea Bersih 2.0 walaupun sudah 3 tahun berlalu iaitu BERSIH 1.0 dibuat pada zaman pemerintahan Pak lah. Beliau merupakan Naib Presiden yang baru dilantik semasa pemilihan AMT PAS Pusat yang lepas & dkategorikan sbg Kumpulan Erdorgan ataupun Anwarinas…x kesahlah apa pun gelaran yg diberikan ttpi ralitinya ia hanya untuk kepentingan politik beliau selaku Naib Presiden Pas yg baru…& beliau sedar beliau perlu melakukan sesuatu untuk menaikkan momentum beliau selaku NP yg baru…So tercetuslah idea BERSIH beliau yg sgt futuristik tersebut…

First of all aku ok je dengan tuntutan2 BERSIH tu…tapi yang aku x ok adalah BERSIH ni walaupun adalah kelompok 60 NGO yg telah bergabung untuk membentuk satu ‘’Pressure Group’’ bagi menekan kerajaan dalam penggubalan dasar Pilihanraya Malaysia, tetapi ia lebih digerakkan dengan motif Politik Pembangkang di mana ia diketuai oleh DSAI & ahli perti pembangkang lain. Tambahan pula pengerusi Bersih Dato Ambiga yang diuar2 ingin bertanding pada PRU ke 13 nanti. Aku x sebelahi mana2 pihak tapi aku lebih bersikap rasional & ambil pendekatan yang mana aku rasa betul bagi aku & x mungkin betul bagi kalian semua.

BERSIH ni kita boleh lihat dari pelbagai sudut & perspektif yang berbeza..pendek kata kita kena lihat dari banyak pihak & Fakta2 yang berkaitan… first skali kita lihat dari sudut logik PAS dlm BERSIH ni… PAS merupakan salah satu parti komponen dlm BN sejak peristiwa 13 Mei dimana PAS & UMNO bersatu atas dasar islam & Melayu.. tetapi hbgn tersebut tdk kekal lama terutama setelah krisis kepimpinan PAS & Darurat di Kelantan pada tahun 1978 yang telah membawa kepada perpecahan PAS dari BN. Setelah dengan rasminya PAS keluar dari BN maka terpecahlah dua Parti BESAR melayu islam ketika itu iaitu UMNo & PAS.so undi Melayu terpecah dua & sekarang bukan pecah dua tapi berpecah belah…mmg itu yang diharapkan oleh Org2 Yahudi sejak sekian lama..pada PRU 1990 PAS tlah mng besar di Kelantan dgn majority 39 DUN & 13 kerusi Parlimen…& PAS juga telah Berjaya menawan Terengganu (walaupun dirampas semula) & menawan kedah pada 2008. Jadi total up 3 negeri sudah ditawan kedah sepanjang 50 tahun lebih berkecimpung dalam bidang politik..jadi yg aku persoalkan sejak tahun 1990 smpai skrg..sejak Kelantan di bawah PAS x pernah pulak dipersoalkan tntg akta Pilihanraya 1958 yg mereka juga persetujui dulu..mahupun Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002, Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003. Acapkali kita sering mendengar yang dirungut oleh PAS & parti pembangkang adalah isu Undi POS.. pernah satu BAS yang mmbawa perserta dari PLKN pulang ke Terengganu ditahan oleh penyokong2 PAS krn mreka mndakwa mereka adalah Pengundi Hantu! Siap amik I.C lagi…begitulah punya takut pada isu pengundi hantu & ia terus dimainkan sehingga ke hari ini. Mungkin betul mgkn tdk kita pun xtau… so sekian lama PAS berkuasa di Kelantan Amnya baru skrg PAS nak BERSIH kan pasal isu Election ini tetapi mereka x sedar ke yang mereka juga sudah menawan 3 Negeri & Berjaya mengekalkan pguasaan di Kelantan shga skrg. Jadi apa motif Mat Sabu & Kepmpinan PAS dlm hal ini?? Sekadar menjadi Kuda Tunggangan bak kata Media UMNO?? Menjadi Pejuang Sejati?? Bukti taat kepada PR?? Mat Sabu nak naikkan popularity beliau?? & mngkin juga iklas dlm perjuangan ini?? Kita pun x tahu…hanya Allah yang maha mengetahui..

dari perspektif kerajaan ..ok... yes kes Lina Joy...IFC..& forum memeluk islam merupakan salah satu agenda Ambiga & the allies.. tapi kalau benar Kerajaan benar2 serius dalam isu ini sepattunya akta baru telah digubal tentang Hal2 Murtad ni... akta yg mgatakan Org islam tdk boleh memohon untuk keluar islam & di IC xleh letak bukan islam...then kita kna ingt yang memohon untuk memansuhkan akta 121(1A) dahulu Adalah menteri2 kabinet yg terdiri dr parti BN iaitu dr MCA & MIC pada zaman Pak lah di mana antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok. Yang lain ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili; Menteri Pelancongan Datuk Dr Leo Michael Toyad dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui & aku masih ingat ia menjadi tajuk besar di muka depan Utusan ketika itu & masih segar di ingatan aku Pak Lah memberi respon di mana beliau mengatakan ‘’ia satu permintaan yang luarbiasa’’’...

Kenyataan yang dibuat oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria mengenai bilangan orang murtad di Malaysia yang sudah mencecah ke angka 100,000 harus direnung dengan penuh keinsafan. Soal sama ada angka tersebut tepat atau sebaliknya tidak perlu menjadi punca perbalahan, kerana masalah orang murtad sudah semakin membarah. So adakah govt tdk berbuat apa dlm isu ini? adakah Dato Seri Jamil Khir Baharom serta Menteri bertangungjawab lain hanya berdiam diri tanpa sebarang tndakan ? tidak! dia mengambil tindakan tetapi...bukan sng...kerana bnyk2 NGO2 kat Malaysia yang menentang..yang puak Melayu mnntg pon ada contoh SIS..(sister in islam)& salah seorang penaungnya adalah Marina Mahathir...korang kenal kan??& Marina Mahathir ni kira besfren kepada Ambiga.... inilah cabaran dlm hidup di negara yang berbilang kaum.. adakah usaha dari pihak Kerajaan dlm isu murtad ini berterusan ataupun sekadar melepaskan batuk ditangga?? Sejauh mana keberkesanannya?? Aku pun x boleh nak jawab…bagi aku isu ini patut diselesaikan dgn teliti kerana ia melibatkan isu yg sgt sensitive krn ia melibatkan agama….tetapi kenapa sudah sekian lama kita hidup aman baru kes2 sprti ini berlaku? di sensasikan?? isu pilihanraya..isu Islam dsb? Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terjadi pada hamba2nya~

Tapi bagi aku senang jawapannya & aku pasti kalian semua pun ada jawapan sendiri…sbb apa?? sbb di Malaysia ni Politik di letakkan di satu Aras dimana ia mengatasi segalan2ya~ agama pon di bawah ..itulah politik & itulah apa yang dipanggil ''collateral damages''... bagi aku PR & BERSIH da dpt satu isu yang sgt BERSIH untuk next PRU iaitu kes kematian salah seorang penyokong PAS masa BERSIH...confirmm ia akan digunakan sampai bila2...~kes Ustaz Ibrahim Libya pun smpai skrg digunakan lagi x sudah2~ Begitu juga dgn Kerajaan.. kerajaan juga dah dpt satu isu yang sgt2 best bagi kempen PRU ke 13 yang x lama lagi ni... bagi aku IMEJ PR..DSAI dll sgt teruk dicalarkan oleh Media2 BN di Tv & juga media Cetak.. isu BERSIH ni betul2 disensasikan oleh media2 seolah2 ia dianggap satu malapetaka besar bakal melanda Malaysia... hari2 ia disensasikan & fenomena kuning ni seolah2 satu tsunami .. kita boleh lihat di FB isu BERSIH ni di bincangkan setiap masa & yang dok bergaduh bertengkar adalah Melayu2~ Cuba fikir~ kenapa kerajaan tak bagi saja kebenaran untuk berdemontrasi tetapi di bawah pengawasan polis...polis sediakan laluan di Kl..polis tutup semua laluan2 yang bakal dijadikan jalan ke Istana Negara..rasanya kekecohan 9 Julai tdk akan berlaku..tapi adakah jaminannya begitu?? adakah kerajaan takut dgn gelombang sokongan rakyat terutama generasi Muda yang semakin menyokong Pembangkang?? ataupun Pembangkang yg takut kpd sokongan rakyat kepda P.M kita yg smakin mengkat dan gagasan 1 Malaysia nya yg semakin diterima ramai?? korang rasa bagaimana?? & cuba fikir kenapa Dato' Najib tidak menghalang PATRIOT dari menyertai perhimpunan tersebut...aku menggeleng2 kepala terhadap PATRIOT & NGO yang lain yang ingin menyertai perhimpunan tersebut krn ia tdk mmbawa apa2 kebaikan..cuba bygkan jika mereka bertemu semasa berarak...apa akan terjadi... ?? 


Dari perspektf AMbiga plak...dia melakukan semua ini atas dasar dia Peguam...atas dasar ''Equality for All'' mcm PAS kata ''islam for all'' tapi Ambiga x begitu...sbb tu aku x paham PAS pon boleh bekerjasama dgn Ambiga. padahal salah sorang ahli majlis trtgi PAS pgi serbu & maki si Ambiga masa 2 tahun lepas...masa Forum memluk islam.. itulah yang dikatakan tidur sebantal tapi mimpi lain2.. aku pun x mampu untuk menilai serta menaa’kul tentang pendekatan Ambiga dll…sekadar hanya memberikan teori & kepastian itu belum tentu pasti…tapi yang aku pasti Umat Islam di Malaysia mmg telah teruk berpecah belah…masing2 mengatakan bahawa diri sendri betul..parti aku betul parti kau salah…parti aku islam..parti kau x islam…bla bla bla… yang ruginya kita juga..yang untungnya & tersenyum pastilah Yahudi Laknatullah & sang Konspiratornya ...mungkin kita kena lihat kembali kepada Prinsip Walla’… walllhuallam….

By : Nuris~

Wednesday, 13 July 2011

WELCOMED

Welcomed to my Blog....i'm not enthusiastic to become a blogger at the first place..but when time passed away my writing hobby become much much more intense & desire to write & write influence me to open up my own blog. So with this new SilenTRegret baby , i can express my thoughts, opinion, feeling, experience & even my metaphor to all u guys...& i hope u guys can take whatever good's from this blog...But remember some of the articles & writing in my blog is my own opinion & the rest is a facts rather than fake..i just rewrite & rephrase  to deliver it in my own way... so my writing maybe doesn't  make sense or even more senses that u thought.. not necessarily wrong or truth...i'm just living up to my mind & open it...together with my fellow friend Mr BLA, we will write an articles that we believe are deemed necessary & will bring a benefits to all u guys..indeed, u guys also can share your comments here & fell free to do that ya...   yeah....silentregret baby...~~