Monday, 30 December 2013

ADAKAH ANDA PERNAH MELALUINYA?



Assalamulaikum w.b.t
30/12/2013 (isnin) seperti biasa saya bangun pagi untuk ke pejabat yang terletak di Pandan Indah K.L, sudah setahun lebih saya berulang ke pejabat yang terletak di ibu kota yang penuh dengan kisah suka duka warga kota dan tidak kurang juga dengan kisah kontroversi kotaraya. Kadangkala terfikir sampai bila harus berulang sebegini jauh semata-mata untuk mengejar punch card, sampai bila harus menunggang motor sebegini bahaya setiap hari hanya untuk memenuhi tuntutan Aku Janji, sampai bila harus aku menempuh dingin pagi dan asap karbon monoksida hanya untuk kerja makan gaji. Lidah pula berkata ,adakah ini satu rungutan? Atau satu tanda kufur Nikmat rezeki?


Seraya hati berkata, ini rezeki Allah. Allah yang merencanakan setiap perjalanan hidup hambanya di muka bumi ini, Samada perancangannya mampu untuk kita terima dengan hati yang redha ataupun tidak itu adalah soal kedua, ibarat kata penyair
hidup ini hanya pementasan semata-mata, skrip sudah direncana, kita semua hanya melakonkannya”
Yang pastinya setiap “Blueprint” insan yang telah ditetapkan oleh yang maha kuasa mengundang perdebatan dalam diri kita sendiri dan ayat-ayat perdebatan@persoalan clichy yang biasa kita lontarkan adalah “ kenapa nasib aku begini”, “ kenapa tuhan buat aku macamni” , “kenapa orang lain boleh Berjaya”, “kenapa aku tidak kaya tetapi ada orang kaya raya” dan banyak lagi sebenarnya. Saya pun selalu melontarkan ayat hati sebegini tatkala diuji oleh Maha Kuasa, dan selalunya saya sendiri yang akan menjawab persoalan tersebut. Saya akan berperang dengan diri sendiri semata-mata hanya untuk mencari jawapan terbaik untuk setiap persoalan insani ini. Jawapannya? Konkrit, tetapi bila diulang – ulang persoalan tersebut konkrit itu juga akan rapuh dan menyembah bumi bersama –sama dengan kekecewaan dan sama seperti rapuhnya hati nurani ini.
Semasa dalam perjalanan saya ke pejabat pagi ini, saya singgah di petronas awan besar di lebuhraya KESAS untuk mengisi minyak yang sudah ditarik subsidinya sedikit oleh Kerajaan ( ini dikira rungutan) dan terpandang sebuah kereta, ya kereta idaman ku. Volkswagen Passat CC warna putih dengan kemasan luaran yang tampak sangat cantik. Cantik, tertarik..memang menggoda, pemandunya seorang wanita usia pertengahan, gaya nya seperti seorang yang berjawatan besar di syarikatnya ataupun suaminya yang kaya raya. Banyak andaian yang berlegar di fikiran, dia ni kerja apa, bagaimana dia mampu bayar kereta bulan-bulan, bagaimana dia ada cukup duit untuk isi minyak hari-hari ke tempat kerja sedangkan saya kadangkala pun sakit mengisi minyak motor untuk ke pejabat, inikan pula kereta mewah enjin berkapasiti besar begitu. Terdetik di hati ingin bertanya kepada pemilik kereta “ Puan, puan kerja apa ye mampu pakai kereta ini” . Selalunya kalau saya berjumpa dengan pemilik kereta yang mewah ataupun separa mewah saya teringin sangat untuk mengajukan soalan sebegitu kepada mereka. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai rumah-rumah besar banglo mewah di shah alam, saya dengan sahabat saya pernah memikirkan idea untuk pergi ke setiap rumah-rumah besar di Seksyen 6 & 7 Shah alam untuk menemuduga mereka semua. Antara soalan-soalan yang ingin ditanya “kerja apa”, “ Buat perniagaan ke”,”berapa bayar harga rumah setiap bulan” dsb. Tetapi ia hanya omongan dan idea 50 sen kami sahaja sebab tak mungkin kami berpeluang untuk melakukannya.

Tujuannya mudah sahaja, untuk mencari jawapan yang sentiasa berlegar di fikiran dan motivasi diri sendiri agar saya juga mampu untuk mengecapi kejayaan seperti mereka. Siapa tak ingin jadi kaya, semua orang nak jadi kaya. Cuma dengan cara mana kita mampu untuk merealisasikan impian untuk menjadi kaya dan mampu berdiri sama tinggi dengan mereka semua. Orang kata “tak kaya tak pa, asalkan hidup bahagia” betul, tapi realiti zaman sekarang semuanya perlukan duit. Nak ke tandas pun bayar 30 sen. Bahagia ke kalau kita setiap hari diburu along kerana hutang? Saya suka dengan pesanan berhikmah seperti “ kalau dah kaya jangan lupa diri, banyakkan menderma ke rumah anak yatim dsb” kerana pesanan sebegini bersifat motivasi dan memajukan diri kita. Bukan seperti pesanan clichy seperti yang saya utarakan di atas tadi.
Berbalik kepada perdebatan@persoalan saya di permulaan cerita tadi, perancangan Allah itu lebih bijak dan rapi daripada perancangan kita semua. Saya merupakan salah seorang yang direncanakan oleh Allah di atas muka bumi ini, bukan saya seorang sahaja, tetapi anda semua. Semuanya ada perancangan, samada kita Nampak, sedar ataupun tidak sahaja, dan samada kita mampu untuk menerima perancangan Nya dengan redha ataupun tidak. Kalau kita rasa perancangan Tuhan untuk kita tidak bagus, menyusahkan, pelik dsb, ingatlah…ramai lagi yang nasibnya lebih teruk dan susah daripada kita semua. Sebab itu hati manusia selalu berkata di dalam hati tentang nasib, merungut tentang rezeki, menyalahkan takdir. Itulah fitrah manusia, manusia mempunyai fitrah nurani yang kadangkala kita harus belajar mengawal nya dengan cara yang betul supaya kita tidak terpesong dan dikatakan tidak bersyukur di atas pemberianNYa. Perancangan Tuhan lebih hebat, jika kadang hati berkata dan merungut..jangan disalahkan..usaha untuk terus maju ke depan dan capai impian.
Adakah anda pernah melaluinya?