Monday, 3 February 2014

KEKECEWAAN


Setiap kali langkah menongkah dingin pagi, ada yang tersemat di sanubari.persoalan demi persoalan sentiasaberlegar di benak pemikiran. Jawapan yang dicari tidak kutemu di sudut persimpangan..Hanya penantian dan persoalan yang akan terusmemecah 
heningnya kekusutan.

Analogi ini saya tujukan kepada kapitalis yang semakin hari semakin berkuasa dan tamak dalam merebut persaingan demi kelangsungan sebuah legasi kekayaan. Analogi inijuga saya tujukan kepada pemimpin yang kenyang dengan jawatan & kuasa tanpa melihat kepayahan rakyat marhaen. Analogi ini juga saya tujukan kepada wargakita yang semakin hari-semakin liar dalam melontarkan kesimpulan demi secebis hiburan..

Kenapa……….mengapa……….

Begitulah Indahnya definisi kehidupan berlatarbelakangkan sebuah kisah suka duka warga insan yang sekian lama menanti keadilan di segenap ruang kehidupan. Harapan sentiasa diletakkan agar perubahan dapat dilakukan demi maruah agama bangsa dan negara, kerana mereka percaya akan ada nya sinar cahaya yang bakal menerangi hidup mereka. Adapun harapan itukadangkala hanya berputik, tetapi mekarnya tiada kemana. Ia malu untuk tumbuh, dan angin sepoi bahasa juga enggan meniup makna kehidupan. Lantas ia gugur bersama-sama air mata dan kekecewaan yang tiada satu mahupun dua sesalan.

Andainya kautahu, apamaksudku lafazkan kepadamu..jangan kau segan untuk bertanya. Andainya kau tahu apa yang tersimpan dihatiku..jangan kau segan untuk menelaah..masih ada ruang dan peluang untukberbicara secara insan, bukan berbicara dengan ruang kekayaan.

Ingatlah..roda yang berputar tidak lagisesuai, akan sampai masa ia rebah dek keangkuhan slogan. Mungkin hari ini kita mampu tersenyum tatkala melihat indahnya tipu daya syaitan, Jangan esok kital onglai dek kehancuran yang sekian lama dicanang oleh tangan-tangan mereka yang hilang.

Nuris