Thursday, 1 March 2012

ROJAKNYA BAHASA KITA


Saya pasti anda semua pernah memakan rojak samada rojak buah mahupun rojak pasembur, rojak didefinisikan sebagai makanan yang bercampur-campur dan diadun menjadi satu makanan yang unik. Tidak dinafikan saya juga peminat rojak tegar kerana campuran bahan-bahan makanan rojak yang terdiri daripada berbagai jenis bahan seperti sotong, sayur, telur dan dimakan bersama dengan kuah kacang cukup menyelerakan. Itu rojak versi makanan, apa kata saya membawa anda semua ke satu isu iaitu rojak bahasa. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara kita. Penetapan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah berasas kerana B.M telah menjadi Lingua Franca sejak 500 tahun lepas di bawah pemerintahan Sultan Melaka. Malahan catatan pelayar-pelayar luar ke alam melayu juga telah mencatatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan di bumi Nusantara. Pedagang-pedagang yang berdagang di Melaka ketika itu juga perlu belajar bertutur dalam BM kerana ia merupakan bahasa pertuturan terbesar di bumi Melayu. Walaupun tanah melayu dijajah selama 500 tahun oleh penjajah barat tetapi keutuhan jati diri bangsa Melayu dan tanah Melayu untuk menggunakan bahasa Melayu kita tetap utuh. Legasi lingua franca tersebut kekal sehingga ke hari ini kerana kedudukan bahasa melayu telah  terjamin dalam perlembagaan persekutuan. Tetapi sejak zaman pasca merdeka sehingga zaman awal abad ke 20 ini, saya melihat betapa bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang sangat rojak seperti rojaknya makanan tersebut. Kenapa ia berlaku dan apakah punca di sebalik rojaknya bahasa melayu kita? Apakah kesannya terhadap bangsa Melayu kita akibat dari isu  ini?

Saya sudah lama memerhati dan menganalisa isu rojak bahasa melayu ini, saya memerhati gaya pertuturan rakan-rakan sepejabat, filem-filem, lagu-lagu, malahan saya menjadikan diri saya sendiri sebagai bahan eksperimen terhadap isu ini. Apa yang saya dapati rakyat kita terutama bangsa melayu suka berkomunikasi dengan bahasa yang bercampur-campur iaitu campuran bahasa melayu dan inggeris. Jarang saya melihat seseorang individu tersebut  bertutur 100% perkataan melayu tanpa menyelitkan bahasa inggeris di setiap rangka ayat.  Jika kita melihat rakan-rakan kita bercakap ataupun berborak cuba perhatikan betul-betul setiap tuturkata ayat tersebut, pasti ada terselit 5 – 10 dan mungkin lebih ayat-ayat bahasa Inggeris. Bahasa paling mudah yang kita boleh Nampak di pejabat adalah Lunch, contoh ayat ‘’wey jom pergi LUNCH!!’’ dan rakan menyambut ‘’LUNCH kat mana??’’ dan dia menyahut ‘’ lunch kat kedai belakang tu, dengar kata kat sana makanan dia BEST!’’ di sini kita boleh melihat ada 3 perkataan B.I digunakan dalam setip baris ayat perbualan. Saya percaya majoriti anda semua pernah mengungkapkan gaya komunikasi seperti di atas. Mungkin  kita semua tidak sedar yang kita menggunakan perkataan ini setiap hari di pejabat mahupun ketika beriadah. Walaupun ia Nampak remeh tetapi tetap mempunyai kesan. Jarang kita mendengar rakan-rakan kita ataupun kita sendiri berkata ‘’ wey jom pergi makan tengahari!!’ berbanding dengan ‘’wey jom pergi LUNCH!!. LUNCH, BEST, POWER, SHOPPING, THANKS, SORRY, EXCUSE ME Dll merupakan perkataan inggeris yang sangat popular digunakan oleh rakyat kita di segenap lapisan umur berbanding dengan bahasa melayunya.

Dan ketika saya sedang menaip artikel ini rakan sepejabat saya telah mengajak saya LUNCH, agak kelakar kerana baru disebut-sebut ada rakan yang telah bersuara. Mungkin anda semua pernah terlewat menghadiri temujanji mahupun ke pejabat dan anda memberikan alasan ‘’ Sorry, traffic jam tadi kat jalan’’ jikalau kita menterjemah ayat tersebut ia berbunyi ‘’maaf ada kesesakan lalu lintas tadi kat jalan’’. Adakah seumur hidup anda pernah menyebut perkataan kesesakan lalu lintas berbanding Traffic Jam dalam perbualan ayat?  Kita pernah dengar ayat itu, tetapi selalunya di berita , bukan secara depan-berdepan. Pastinya kita semua memilih untuk berkata Traffic Jam berbanding melayunya kerana ia singkat dan lebih mudah bukan? Ayat lain , ‘sayang malam ni kita Dinner dekat hotel Concorde jom, sempena Anniversary kita’’ . pernah anda menggunakan perkataan  makan malam dan ulang tahun dalam tuturkata tersebut? Mungkin pernah tapi tidak selalu. Ayat yang paling mudah la saya tunjukkan, ‘’perghhh POWER bai’’. Perkataan power ini merupakan perkataan yang memang sangat POWER kerana ia digunakan di setiap lapisan umur dari kanak-kanak sehingga dewasa. Malahan ketika saya kecil juga kerapkali menggunakan perkataan POWER ini dalam pertuturan dengan rakan-rakan sepermainan.  Jika kita melihat kepada ucapan, wawancara, dialog, debat, forum perdana dll kita akan dapati penggunaan bahasa rojak ini sangat meluas dalam platform tersebut. Anda bukalah televisyen, lihat Buletin Utama TV3 mahupun astro awani, cuba lihat bagaimana Pemimpin-pemimpin kerajaan berucap dan berdialog, pasti terselit ayat-ayat B.I. begitu juga forum-forum di mana ahli panel dan moderator juga merojakkan bahasa kita dengan mencampurkan B.I dalam sesi dialog tersebut. Cuba anda buka rancangan tersebut dan kira berapa banyak perkataan B.I disebutkan dalam rancangan tersebut. For me if u want to speak in english, just speak in english..don’t mix it with the other languages. Jika ingin bercakap dalam bahasa Melayu, maka cakaplah Bahasa Melayu sahaja, jangan campurkannya dengan bahasa lain.  Saya tidak mengatakan yang ia satu perbuatan yang salah di sisi undang2 mahupun islam. Malahan islam menyuruh kita belajar mencari ilmu kerana ilmu Allah itu sangat luas, lebih luas daripada lautan terbentang mahupun pasir di pantai. Bahasa juga merupakan satu ilmu Allah yang sangat hebat kerana tanpa bahasa masyarakat dunia tidak dapat berkomunikasi, bahasa melambangkan bangsa. Saya juga selalu menyelitkan perkataan b.I dalam komunikasi seharian mahupun di Facebook. Cuma saya tertanya-tanya sampai bilakah bangsa Melayu kita akan bertutur dengan menyelitkan bahasa asing dalam urusan seharian kita, & kenapa ia bahasa Inggeris?

Pernahkah anda terfikir kenapa kita suka menggunakan dan menyelitkan perkataan Inggeris dalam setiap tuturkata kita? Kenapa tidak bahasa lain seperti bahasa arab, mandarin, jepun, india mahupun bahasa Jawa? Mungkin majoriti akan berkata kerana kita menggunapakai sistem British sejak pra kemerdekaan lagi, dan kita ini adalah bekas jajahan British. Ya mungkin benar, tetapi kalau kita fikir semula Tanah Melayu bukan setakat dijajah oleh British, tetapi Portugis, Belanda dan Jepun. Portugis dan Belanda mempunyai legasi pemerintahan sehingga sekarang tetapi pengaruh British juga tetap utuh dan bertahan sehingga kini.  Penggunaan bahasa inggeris bukan setakat di England, tetapi juga di Amerika. Sebab itu Bahasa Inggeris terbahagi kepada British Ascent dan U.S. Ascent, dan kedua-dua dialek ini ada perbezaan dari segi sebutan dan ejaan. Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa kenapa ini semua terjadi adalah kerana mereka mempunyai Tamadun yang Hebat dan Tinggi, tetapi rendah nilai moralnya. Bangsa Eropah telah melalui berbagai zaman sejak zaman kegelapan ( DARK ERA, ENLIGHTMENT ERA, REVOLUSION ERA) sehingga zaman Emas. Mereka juga telah mencapai kemerdekaan lebih awal daripada kita semua. Amerika sudah mempunyai 44 Presiden sejak kemerdekaan berbanding kita yang baru mempunyai 6 setakat ini.  Tiada siapa yang dapat menafikan tamadun barat memang Hebat dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa lain, lebih –lebih lagi tamadun Umat Islam yang Berjaya dihancurkan oleh mereka. Zaman kegemilangan Tamadun Islam telah berlalu sejak zaman Andalusia dan Cordoba, juga zaman Turki Uthmaniyyah. Semuanya telah jatuh hancur dek racun –racun yang telah disuntik terhadap umat islam dan kelalaian yang telah mereka cipta untuk kita. Keadaan umat islam ketika ini ibarat ketika zaman runtuhnya Empangan Maarib ketika zaman Jahiliah bangsa arab sebelum datangnya islam.

Jika dulu tamadun barat mengembangkan pengaruh mereka melalui konsep hegemoni , sekarang mereka menggunakan konsep globalisasi untuk menjajah kita semua. Jika dahulu mereka menggunakan perang sebagai cara untuk menakhluk negara-negara asing bagi mencapai tujuan hegemoni mereka, sekarang mereka menjajah minda kita semua dengan ciptaan baru seperti facebook, filem, iklan, rancangan TV, budaya, pemakaian dan banyak lagi. Dan intipati kepada semua konsep penakhlukan alaf baru ini adalah BAHASA INNGERIS itu sendiri. Tidak dinafikan yang penggunaan bahasa inggeris ini sangat luas dan dikatakan sebagai Lingua Franca Dunia. Kebanyakan saintis-saintis hebat juga berasal daripada sana, kebanyakan teknologi-teknologi hebat juga berasal dari sana. Kekayaan seorang Bill Gates yang berasal dari sana melebihi pendapatan per kapita Malaysia mahupun pendapatan 40 orang terkaya di Malaysia jika dicampurkan kesemuanya. Walaupun China dan India muncul sebagai kuasa ekonomi dunia tetapi secara jujurnya saya rasa ia masih belum mampu untuk menandingi kehebatan tamadun barat ini. Malahan usaha untuk menjatuhkan China dan India akan sentiasa digerakkan oleh U.S kerana mereka adalah bangsa yang tidak boleh melihat negara lain lebih hebat daripadanya. Jika anda pergi ke kutub utara dan selatan juga anda perlu bertutur dalam bahasa inggeris jika ingin berkomunikasi dengan penduduka di sana. Betapa hebatnya pengaruh bahasa Inggeris sehingga kita pun harus menggunakan bahasa mereka setiap hari. Itu belum masuk lagi polisi-polisi kerajaan yang ingin rakyatnya pandai berbahasa inggeris untuk bersaing di pasaran kerja tempatan dan dunia. Saya pernah bekerja di Standard Charted Bank dan di sana penggunaan bahasa Inggeris adalah hampir 90% setiap hari ketika waktu bekerja, dan baki 10% adalah bahasa melayu iaitu ketika masa rehat. Betapa rendahnya martabat bahasa kita di mata mereka bangsa asing, padahal Bangsa Kita pernah mencipta satu tamadun Hebat ketika dahulu dan Alam Melayu yang sangat terkenal di mata pelayar dan pedagang asing. Kalau tidak hebat masakan penjajah luar sanggunp turun ke Tanah Melayu dan menakhluki Tanah Melayu kita 500 tahun lepas.

Pernahkah anda semua terfikir yang suatu hari nanti dunia menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan harian mereka? Paling tidak pun Negara-negara asia menggunakan bahasa melayu dalam urusan seharian mereka. Mampukah bangsa Jepun yang terkenal dengan sikap Jati Diri Bangsanya itu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa asing mereka yang utama dan inggeris kedua. Ia mungkin boleh berlaku, tetapi dengan syarat Tamadun dan Bangsa Melayu itu sendiri Hebat dan diakui dunia. Bukan ingin menunjuk-nunjuk, tetapi kita umat Islam yang berbangsa Melayu gah berdiri di tengah-tengah negara Barat bersama-sama menongkah arus perdana dan mencorak dunia ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini. Kita kena ingat bahawa satu bahasa tersebut akan digunakan dengan meluas seantero dunia jika tamadunnya hebat dan dipandang tinggi. Itu yang berlaku ketika zaman kegemilangan umat islam di Cordoba dan Andalusia satu ketika dahulu di mana dunia luar perlu belajar bahasa arab jika mereka ingin belajar dan membaca kitab-kitab peninggalan saintis –saintis islam tersohor seperti al-kwarizmi, Al-Biruni- Al –Razi dll. Mungkin impian tersebut terlalu tinggi dan fantasi, tetapi ingat sejarah telah membuktikan tiada satu tamadun yang kekal lama memerintah dunia, akan sentiasa ada satu tamadun baru yang akan menjadi kuasa besar dunia.  Saya berharap yang satu hari nanti kita mampu untuk bertutur bahasa melayu dalam urusan seharian kita tanpa rasa segan dan silu. Adakah kita akan mewariskan bahasa yang rojak ini kepada anak cucu kita? Bahasa melambangkan bangsa, apa pendapat anda semua dalam isu ini? Tepuk dada tanya iman

By : Nuris 

Saturday, 25 February 2012

DEMONSTRASI DAN UMAT ISLAM


Demonstrasi dan umat islam sangat sinonim kerana sejak setengah abad yang lampau, sejarah moden manusia memperlihatkan umat islam di serata dunia gemar melakukan demo bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka mahupun kemarahan terhadap sesuatu isu dan perkara. Jika kita melihat kembali sejarah moden tamadun manusia bangsa Eropah dan Asia Tengah lebih suka melakukan demonstrasi jalanan bagi menarik perhatian Kerajaan Pemerintah dan Dunia terhadap tuntutan mereka. Kita juga dapat melihat dekad ini di Malaysia banyak demonstrasi jalanan di buat oleh pihak-pihak berkepentingan samada dari parti politik mahupun NGO. Dan kalau dilihat dengan mata kasar sendiri yang terlibat dalam demo jalanan di Malaysia majoritinya adalah bangsa melayu yang beragama islam dan anda tidak boleh menafikan yang bangsa kita suka berdemo, baik dari yang kecil, remaja sehingga warga tua. Masing-masing cuba menunjukkan taring dan bisa mereka dan menunjukkan kepada dunia yang Rakyat Malaysia juga mempunyai hak asasi dan keberanian untuk berdemonstrasi. Saya tiada masalah jika hendak berdemo tetapi biarlah kena pada masa , tempat dan sikap. Cuma saya ingin menarik perhatian anda semua kenapa seolah-olah umat islam sahaja yang kerap dan suka melakukan demo jalanan berbanding dengan bangsa lain seantero dunia. Adakah kuasa umat islam yang berjumlah hampir 1.5 Billion ini hanya mampu berdemo bagi menuntut keadilan dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka? Kita boleh lihat sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini kebanyakan Negara-negara islam di timur tengah sana dilanda badai tsunami politik ataupun ‘’Arab Springs’’ yang berkemungkinan dirancang oleh tangan-tangan ghaib ataupun memang ia berlaku melalui kebangkitan rakyat. Saya sentiasa cuba up-date dengan isu-isu semasa dunia dan Malaysia walaupun agak sibuk dengan kerja, dan saya dapati saban hari cerita demonstrasi merupakan isu favourite umat islam termasuk Malaysia.

Apakah punca dan sebab musabab berlakunya demonstrasi jalanan ini? pada pendapat saya demonstrasi ini boleh berlaku akibat dari 3  perkara pokok iaitu  yang pertamanya adalah ekonomi. Ekonomi merupakan salah satu factor utama mengapa terjadinya demo jalanan oleh rakyat. Umum mengetahui Negara akan menjadi maju dan kaya jika ekonominya diuruskan dengan baik oleh kerajaan, begitu juga sebaliknya. Ekonomi yang baik dan sihat memainkan peranan yang penting dalam memangkin pertumbuhan dan pembangunan Negara dan rakyatnya. Jika ekonomi sesebuah Negara sihat dan baik, maka banyak pelaburan asing (FDI) masuk ke Negara tersebut dan banyaklah peluang pekerjaan untuk rakyat.  Jika banyak peluang pekerjaan makan kuranglah kadar pengangguran rakyat dan pendapatan isi rumah meningkat, maka secara tidak langsung ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara yang subur iaitu sekitar 8% ke atas bagi setiap tahun kewangan. Siapa yang tidak suka untuk tinggal dan hidup di Negara yang subur ekonominya seperti saya jelaskan di atas? Sudah pasti tiada demo dilakukan kerana masing-masing berpuas hati dengan ekonomi Negara. Tetapi jika ekonomi sesebuah Negara di uruskan dengan teruk, banyak hutang dan ketirisan berlaku maka rakyat juga akan merasa tempiasnya. Ramai yang dibuang kerja tanpa pampas an, gaji dipotong dan peluang pekerjaan yang sikit. Maka rakyat akan bangkit untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka dan melakukan demo jalanan menuntuk perubahan kerajaan. Ini yang terjadi di Greece sejak krisis Hutang melampau pada tahun 2008 lepas. Ini juga yang terjadi di kebanyakan Negara-negara EU termasuk Amerika sendiri kerana krisis hutang yang melampau. Ia juga penyebab kenapa presiden Zine el Abidin ditendang keluar oleh rakyatnya sendiri.

Faktor kedua pula adalah Politik, politik merupakan satu subjek popular dalam kajian demo jalanan manusia terutama umat Islam amnya.  Sebenarnya faktor politik ini sangat bersangkut paut dengan faktor ekonomi kerana faktor kecelaruan ekonomi boleh mempengaruhi rakyat untuk bangkit menentang kerajaan bagi menukar kerajaan sedia ada dan secara tak langsung tujuan demo tersebut telah menjadi medan percaturan politik di mana nasib kerajaan bergantung kepada rakyat di jalanan. Jika terdapat 100,000.00 rakyat yang turun berdemo maka tidak mustahil akan ada 1000 yang cuba mengambil kesempatan dalam demo tersebut untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Kita lihat apa yang telah berlaku di Negara-negara arab 2 tahun kebelakangan ini di mana satu demi satu Negara dan rejim arab runtuh satu persatu dek kebangkitan rakyat mahupun tangan-tangan ghaib. Bermula dari, Yaman, Mesir, Libya dan sekarang Syria sedang bergolak kerana kebangkitan rakyatnya. Kita boleh lihat rejim-rejim tersebut yang telah memerintah lebih dari 30 tahun ditumbangkan dengan kuasa demo jalanan sahaja kecuali Libya dan Syria. Libya melalui arwah Presiden nya Muammar Gaddafi mati ditangan rakyatnya sendiri. Di Malaysia pula banyak demo jalanan yang disertai majoritinya umat islam berlaku sepanjang 3 tahun kebelakangan ini. kita boleh ambil contoh demo BERSIH 1 & 2 yang dilakukan oleh parti pembangkang yang mempunyai kepentingan politik, begitu juga demo yang dilakukan oleh NGO-NGO seperti PERKASA dan badan-badan Politik Pro Kerajaan termasuk UMNO sendiri. Walaupun demo tersebut dibuat untuk keadilan dan ketelusan namun ia tetap tidak dapat lari dari bayangan dan motif politik kerana ia dilakukan oleh mereka yang berkepentingan dalam politik. Dan seperti biasa demo tersebut majoritinya disertai oleh umat Islam, dan bangsa lain hanya melihat kita bergaduh sesama sendiri dan tergelak-gelak lucu.

Selalunya demo kerana faktor politik berlaku kerana permainan politik kedua belah pihak yang memjengkelkan lalu menimbulkan perasaan tidak puas hati dan terjadilah demo. Banyak isu-isu politik yang menjengkelkan diketengahkah oleh kedua-dua belah pihak. Selalunya mereka bermain polemik dan cuba mencetuskan faktor penggerak untuk mencetuskan demonstrasi. Itu di Malaysia, bagaimana pula dengan di Negara-negara arab? Kita boleh lihat yang kebanyakan Negara-negara arab yang tumbang adalah Negara yang telah diperintah oleh rejim mereka sendiri lebih dari 30 tahun. Selama pemerintahan tersebut tidak banyak perubahan dan kemajuan yang telah dijelmakan oleh pemerintah sedia ada, masalah rasuah berleluasa dan pemimpin atasan mengaut kekayaan dan hasil Minyak dan dibawa lari ke luar Negara. Negara  tidak maju, ekonomi perlahan dan ramai rakyat mengangur kerana pemimpin sedia ada tidak mengambil peduli nasib mereka. Lalu satu persatu rejim-rejim ini tumbang di tangan rakyat. Kita masih boleh melihat saban hari demo jalanan berlaku di Dataran Tahrir Mesir, walaupun rejim Hosni Mubarak telah tumbang tetapi masih terdapat kelompok yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan sedia ada. Begitu juga di Libya apabila masih berlaku demo jalanan oleh puak-puak wilayah yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan National Transfer Council (NFC). di Negara –Negara bumi Anbia’ tersebut terdapat banyak puak-puak yang bertelagah serta fahaman agama yang berbeza-beza dari ajaran asal islam. Bukan senang untuk mencari pemimpin yang mampu menyatukan rakyatnya yang berbilang puak dan fahaman menjadi satu seperti yang dilakukan oleh Arwah Presiden Saddam Hussein dan Muammar Gadafi.

itu kisah dalaman Negara, bagaimana pula dengan mereka yang berdemo kerana tidak berpuas hati dengan dasar-dasar luar dan kejejaman yang telah dilakukan seperti kekejaman Israel terhadap Palestine? Kekejaman rejim Serbia terhadap umat islam bosnia? Kekejaman rejim Russia tehadap penduduk islam Chehnya? Kekejaman rejim Bush terhadap umat Islam Afghanistan dan Iraq? Kekejaman terhadapa etnik Rohingya Islam dan umat islam Afrika? isu paderi Denmark yang cuba membakar Al-Quran bagi memperingati peristiwa 11 September 2001, dan isu terbaru di mana tentera NATO telah membakar AL-Quran di kem tentera NATO di Afghanistan. Pemuda PAS juga telah melakukan demo aman sebagai tanda bantahan terhadap tentera NATO yang bertindak membakar AL-Quran. Pemuda UMNO juga telah melakukan demo aman bagi melahirkan bantahan rasmi terhadap isu Sokongan DSAI terhadap Israel. Jika kita melihat kesemua isu-isu demo ini kita boleh Nampak yang demo jalanan ini dan umat islam sangat sinonim, ibarat aur dengan tebing, tidak boleh dipisahkan ibarat sepasang kekasih.  Sikit-sikit demo, tak puas hati sikit demo, marah sikit demo dan itulah sebilangan umat islam Malaysia dan dunia amnya. Adakah tiada cara lain yang lebih berkesan untuk melahirkan rasa tidak puas hati? Kenapa demo sahaja yang menjadi pilihan sedangkan ia member kesan jangka panjang terhadap kestabilan sesebuah Negara. Kenapa setiap kali rakyat Palestine dibunuh dan diperlakukan seperti mainan kita hanya mampu membawa sepanduk dan terjerit-jerit tidak puas hati terhadap Israel? Tidak mampukah kita melawan tentera zionis tersebut? Mungkin inilah kesannya akibat menjadi umat pengguna, bukan pencipta.

Ya, umat Islam seantero dunia hanyalah umat Pengguna kepada produk-produk dan perkhidmatan yang telah dibekalkan oleh bangsa-bangsa lain. Kita menggunakan majoriti ciptaan produk dan perkhidmatan mereka, kita makan produk makanan mereka, kita terpaksa menurut sistem mereka. Anda pernah makan Burger di Mcdonald’s? anda pernah minum Coke? Anda pernah menggunakan telefon bimbit Nokia? Saya pasti semuanya pernah, termasuk saya juga. Kenapa kita tidak mampu untuk menidakkan penggunaan produk2 tersebut? Kenapa kita tidak mampu untuk memboikot produk tersebut? Jika kita memboikot, apa pula yang terjadi pada pekerja-pekerja syarikat tersebut yang rata-ratanya juga pekerja Melayu kita? Apa kesannya jika kita ini hanya umat pengguna berbanding pencipta? Kelebihan mereka bangsa pencipta adalah mereka mempunyai kuasa dalam mempengaruhi dasar-dasar Kerajaan sesebuah Negara. Inilah yang terjadi terhadap sistem perbankan dunia yang dikuasai oleh golongan Yahudi dan Barat di mana sistem kewangan yang sedia ada sekarang ini adalah dicipta oleh mereka, sistem kewangan konvensional ini dicipta bertujuan untuk memerangkap ekonomi dunia dan Negara-negara supaya tunduk dan patuh kepada arahan mereka. Walaupun Iraq & Afghanistan di Bom, Umat Palestine di seksa, Negara-negara besar Islam mahupun OIC hanya mampu melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. Kerana istilah umat Pengguna memang tidak mampu untuk membuat apa- apa apatah lagi melawan mereka bangsa pencipta. Lalu tercetuslah demo jalanan yang diharapkan mampu untuk memberi perubahan positif terhadap sesebuah Negara mahupun kesan negatif yang tiada sudahnya. Apa jalan penyelsaian terhadap isu ini?? jawapanya umat islam perlu bersatu kembali dan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, bukan ajaran islam yang disesuaikan dengan geopolitik Negara semasa, tetapi ajaran yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Junjungan kita.  

By : Nuris

Friday, 24 February 2012

KERJAYA ANDA


Kerjaya mana yang anda semua pilih? Kita sering terfikir akan kerjaya yang terbaik untuk kita selepas  menamatkan pengajian di Universiti. Kadangkala kerjaya yang kita dapat itu tidak sepadan dengan apa yang kita belajar semasa di Universiti. Mungkin anda mengambil Akaun semasa belajar , tetapi kerjaya anda selepas belajar pula adalah sebagai Sales & marketing. Sangat berbeza dengan apa yang dipelajari ketika zaman di Universiti dan semasa pekerjaan. Contohnya Chef Wan Ismail, beliau mengambil jurusan Akaun ketika di university, tetapi sekarang kerjaya beliau adalah chef masakan yang terkenal di Malaysia dan dunia masakan amnya. Tetapi berbeza pula dengan anak beliau Chef Riz Ismail di mana Chef Riz mengambil jurusan masakan & Kulinari semasa di Universiti dan kerjaya beliau sekarang adalah Chef. Bagaimana dengan anda semua? Adakah anda telah mencapai cita-cita impian kerjaya anda? Ataupun masih tercari-cari kerjaya yang bersesuaian dengan diri anda.

Secara umumnya setelah tamat belajar, kita semua akan menentukan arah tuju kerjaya kita dengan cara yang tersendiri bedasarkan keadaan semasa dan berbagai faktor. Ada sesetengah individu yang ingin mencari kareer yang selamat dan terjamin untuk jangka masa panjang. Mereka ini inginkan kerjaya yang betul-betul dapat memberikan mereka jaminan kerjaya yang berpanjangan. Selalunya mereka ini semua berminat untuk bekerjaya di sektor awam. Sektor awam samada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkananun   merupakan tempat pekerjaan yang ideal bagi mereka yang inginkan kerjaya yang selamat dan terjamin. Kebiasaannya ruang untuk diberhentikan (retrenchment) di sektor awam akibat daripada krisis ekonomi amatlah tipis kecuali Negara tersebut jatuh muflis akibat krisis hutang mahupun ekonomi. Tetapi walaupun Negara tersebut muflis , mereka tetap memerlukan sebuah kerajaan bagi memulihkan ekonomi dan memerintah Negara. Oleh yang demikian sektor awam merupakan satu sektor yang hampir pasti tidak akan lumpuh walau apa pun yang terjadi.

Jika bekerja di sektor awam, kita akan diberikan banyak kemudahan dan kelebihan berbanding sektor lain di Malaysia. Contohnya kemudahan dari segi pinjaman kerajaan, perumahan, bantuan perubatan dan yang paling penting adalah pencen persaraan. Selain daripada faktor jaminan kerjaya yang selamat, Pencen merupakan faktor utama mengapa ramai yang ingin menyertai sektor awam. Tidak dinafikan yang pencen merupakan tarikan utama mengapa ramai yang ingin menyertai perkhidmatan awam. Jika diberhentikan pun, ada jaminan gratuiti dan pencen persaraan yang sedikit sebanyak mampu untuk menampung kehidupan di hari tua. Cuba anda bertanya kepada ibu bapa anda semua tentang kerjaya yang anda patut pilih, pasti jawapan mereka adalah kerja Kerajaan. Ya, sebilangan besar ibu bapa kita semua yang saya pasti umurnya lebih kurang sama mempunyai stigma dan tipikal pemikiran melayu lama di mana mereka semua berharap yang anak – anak mereka bekerja di sektor awam kerana ada pencen dan jaminan. Tetapi sebilangan kita pula tidak menganggap yang pencen itu merupakan faktor penting dalam kerjaya, duit KWSP sudah memadai asalkan kita tahu bagaimana untuk menguruskan duit tersebut ketika bersara nanti. Terdapat perbezaan dari segi pemikiran dan pandangan ibu bapa kita yang dilahirkan di era baby Boomers dan kita semua yang dikategorikan dalam Gen-X. itu normal, zaman kita membesar dan zaman ibu bapa kita membesar adalah berbeza dan ia mempengaruhi cara dan gaya kita semua berfikir.

Pendapat saya secara peribadi, bekerja di Perkhidmatan Persekutuan  ( Federal Government) berbanding dengan Perkhidmatan Negeri adalah lebih bagus dan mencabar. Ini kerana peluang untuk kenaikan pangkat dan nilai tambah di perkhidmatan awam persekutuan amatlah cerah dan bagus. Lebih – lebih lagi mereka- mereka yang berjawatan Gunasama dalam perkhidmatan seperti PTD, Pegawai Teknologi Maklumat, Akauntan dan Pentadbiran. Peluang kenaikan pangkat bagi mereka yang tergolong dalam skim perjawatan ini amatlah cerah dan tinggi, terutamanya Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD). PTD merupakan kerjaya idaman bagi sebilangan besar pemegang ijazah di Malaysia, termasuk saya juga. Tetapi untuk memasuki perkhidmatan PTD bukanlah mudah, banyak cabaran dan prsoedur untuk bergelar Pegawai Tadbir & Diplomatik. PTD (M41) merupakan satu – satunya jawatan yang mempunyai peluang kenaikan pangkat yang tinggi di perkhidmatan awam Malaysia. Skim PTD ini sangat istimewa kerana peluang kenaikannya sangat luas dan boleh pergi ke jawatan yang tertinggi sekali di Perkhidmatan Awam iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang sekarang ini di jawat oleh Tan Sri Sidek Hassan (TURUS 1).  Begitu juga majoriti Ketua Setiausaha Kementerian (KSU TURUS 3) adalah dari kalangan PTD. Untuk pengetahuan anda semua juga, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik bukanlah jawatan perkhidmatan awam. Tetapi jawatan politik yang telah dipilih oleh Ketua Kabinet iaitu Perdana Menteri Malaysia, jawatan menteri ini bermusim dan berubah mengikut rombakan yang akan dilakukan pada bila- bila masa. Adakah anda pernah mengimpikan kerjaya PTD sebagai kerjaya anda? Saya pasti sebilangan anda semua pernah bercita-cita untuk menjadi PTD untuk bebakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Rumusannya, Perkhidmatan awam merupakan sektor yang ideal bagi mereka yang inginkan kerjaya yang stabil dan selamat, walaupun kenaikan gaji itu perlahan dan sedikit jika nak dibandingkan dengan sektor swasta.

Yang kedua pula, adalah mereka yang Money Oriented iaitu mereka yang inginkan kerjaya yang menawarkan mereka gaji yang besar dan lumayan tetapi tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Saya tergolong dalam golongan ini, saya inginkan kerjaya yang mampu menawarkan gaji yang besar tetapi tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Kebiasaannya faktor gaji merupakan faktor dorongan utama bagi mereka untuk bekerja. Mereka akan mencari kareer yang mampu memberikan gaji dan kemudahan yang lumayan kepada mereka. Selalunya mereka ini tidak akan bekerja di sektor awam tetapi memilih untuk bekerja di sektor swasta. Di Malaysia, syarikat- syarikat besar yang bertaraf Multinasional dan High Profile adalah tempat yang ideal bagi mereka yang bersifat Money Oriented . Sektor Kejuruteraan, Perbankan , Hartanah dan Petroleum merupakan antara tempat pekerjaan high profile dan ideal bagi mereka semua. Itu belum kerjaya – kerjaya yang memerlukan Key Skill ataupun Intelektual Skill seperti Doktor dan Penysarah yang menawarkan gaji yang besar dan lumayan . Kerjaya Doktor dan Pensyarah adalah kerjaya yang ‘’already bonded’’ sejak mereka mengambil jurusan tersebut di Universiti. ‘’already bonded’’ bermaksud mereka telah mengambil kursus yang telah terjamin kekosongan kerja. Kursus yang diambil tersebut dan tempat mereka belajar adalah tempat yang diberikan pengkhuhusan untuk melahirkan graduan yang mempunyai set skill yang khusus dalam sesuatu bidang seperti bidang Kedoktoran dan Pensyarah. Lepas tamat belajar kerja memang sudah tersedia kerana ia mempunyai kuota.


Bagaimana pula dengan mereka yang suka bekerja di sektor swasta? Yang menawarkan peluang-peluang dan kemudahan yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan sektor awam. Bekerja di sektor swasta juga merupakan satu peluang yang sangat bagus tetapi bergantung kepada syarikat apa yang kita bernanung. Syarikat swasta mempunyai risikonya yang tersendiri di mana risiko dibuang kerja mahupun di sarakan secara sukarela amatlah tinggi. Syarikat swasta kebiasannya adalah syarikat yang bermotifkan keuntungan semata – mata. Dan keuntungan itu bergantung kepada banyak faktor seperti ekonomi, politik, speculator dan sebagainya.  General Motors (GM) yang hampir muflis tetapi diselamatkan oleh Kerajaan Amerika melalui cara Bail-out. Pada tahun 2011 kerajaan Amerika telah meluluskan peruntukan tertinggi dalam sejarah dunia iaitu sebanyak 700 billion untuk menyelamatkan sebilangan besar syarikat-syarikat gergasi yang dimiliki oleh mereka. Ironinya mereka meniru cara Tun Dr Mahathir dan Kerajaan Malaysia ketika menangani krisis ekonomi 1998 dahulu dengan menggunakan cara Bail – out untuk menyelamatkan eknominya. Di sini kita boleh melihat yang sektor swasta amat ‘’Fragile’’ iaitu terdedah kepada risiko kerugian dan muflis. Tetapi sektor swasta juga mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding sektor awam di Malaysia. Sektor swasta mampu untuk memberikan gaji dan bonus yang lebih tinggi berbanding sektor awam. Cara dan budaya sektor awam juga berbeza dan merupakan antara daya penarik bagi mereka untuk bekerja di sektor swasta. Saya tidak nafikan yang saya amat berminat untuk kekal di sektor perbankan satu ketika dahulu sebelum saya menyertai sektor awam sehingga sekarang. Saya suka budaya kerja Swasta yang menitikberatkan persaingan dan KPI. Tetapi bagi saya kita adalah diri kita, walau di mana sektor pun kita bekerja jadilah diri kita yang sebenar. Kita tidak perlu mengikut orang lain ataupun cuba menjadi orang lain.

Anda semua berada di mana? Adakah anda tergolong dalam mereka yang inginkan kerjaya yang selamat dan jangka panjang? Ataupun anda seorang yang mengejar gaji tinggi? Ataupun suka bekerja di sektor swasta. Apa-apa pun terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhi diri kita semua dalam pemilihan kerjaya pilihan kita semua, terserah kepada diri kita semua untuk memilih kerjaya manakah yang terbaik untuk diri kita.

By : Nuris

Tuesday, 21 February 2012

Majoriti Vs Minoriti

Salam pertemuan di alam siber. Lama cuti.
Beberapa soalan mudah :
a)    Pernah berebut tengok rancangan kegemaran dengan ahli keluarga yang lain?
b)    Pernah dilantik sebagai ketua kelas sebab ramai kawan-kawan angkat tangan memilih kita?

Tu antara soalan mudah berkaitan konsep majoriti atau dalam bahasa mudahnya konsep di mana yang lebih akan mengalahkan yang sedikit. Konsep yang mudah ini diaplikasikan ke dalam sistem politik yang diberi nama Demokrasi.
Saya tertarik untuk berbicara ringkas mengenai isu ni bilamana mutakhir ini banyak cubaan puak-puak yang kononnya memperjuangkan demokrasi tetapi membuat perkara yang bertentangan dengan demokrasi itu sendiri. Saya tidaklah anti mereka dan tidak pula menyokong kerajaan membuta tuli.
Sebagai negara yang mendukung prinsip demokrasi, sudah tentu kerajaan Malaysia mengadakan pilihanraya. Tempoh paling lama bagi sesebuah kerajaan di negara kita adalah selama lima tahun. Pilihanraya merupakan medan untuk menguji parti-parti bertanding dari segala aspek seperti tarikan manifesto, sejarah pemerintahan, latar belakang calon,  populariti, dan macam-macam lagi. Setelah parti yang menang menjadi kerajaan yang sah, maka parti tersebut akan menjadi kerajaan secara rasminya selama lima tahun maksimum. Di sinilah prinsip majoriti-minoriti diamalkan. Contohnya apabila parti A yang diwakili olah si A menang tipis dengan Si B dari parti B, si A tetap akan dinobatkan sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan. Maka sebagai orang yang memahami prinsip demokrasi seharusnya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan berazam untuk terus memenangi hati rakyat di kawasan tersebut pada pilihanraya akan datang. Bukan saja calon yang kalah, pengundi yang mengundi calon yang kalah tersebut juga perlu menerima hakikat bahawa waki rakyat mereka merupakan dari pihak lain.
Sayangnya,perkara tersebut tidak berlaku di Malaysia. Pihak yang kalah akan melakukan perkara-perkara berikut:
a)    Menuduh wujudnya pengundi hantu
b)    Berlakunya penipuan dalam kiraan undi
c)     Sistem pilihanraya Malaysia tidak telus.
Seharusnya pihak yang kalah mengakui keputusan tersebut. Hal ini menjadi lebih malang apabila pihak-pihak yang tidak sabar untuk menjadi pemimpin menggunakan orang ramai untuk membuat bantahan besar-besaran terhadap kerajaan atau sistem pilihanraya. Itu tak kena, ini tak kena.Pada pandangan peribadi saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Sekiranya sistem demokrasi Malaysia tidak telus, bagaimana pihak pembangkang boleh menang besar dalam pilihanraya lepas. Pakai pengundi hantu  juga ke? Atau salah undi?

Perkara yang kita tunding akan kembali kepada kita apabila kita kerap mencari kesalahan pihak lain tanpa cuba melihat kekurangan pada diri kita. Berdemo bukanlah satu cara yang sihat dalam amalan demokrasi. Kalau berdemo boleh meruntuhkan sesuatu kerajaan, maka hapuskan saja sistem pilihanraya di negara kita. Tempoh maksimum lima tahun yang diberikan sebenarnya adalah untuk rakyat melihat sejauh mana parti pemerintah dapat mengotakan janji-janji pilihanraya lepas. Selepas tamat tempoh memerintah, pengundi bolehlah membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan undi mereka atau memberikan undi kepada pihak lain. Hanya semudah itu.
Kesimpulannya, hormatilah pihak yang menang walaupun beliau hanya menang satu undi. Sekali lagi,ini hanya pandangan peribadi penulis.

Hingga dakwat yang terakhir!

Wednesday, 25 January 2012

Kedai Rakyat 1Malaysia


Kita masuk campur berita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sikit. Sehingga artikel ni ditulis, kementerian menyatakan bahawa 60 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di seluruh negara. Sekali dengar memang menarik kan. Kedai ni menyediakan barangan yang hampir lengkap. Yang lebih seronok, harga memang murah. Cuma bungkusan mmg tak boleh pakai la. Tak elok langsung? Dah la ada bendera Malaysia plak tu. Rasanya tak payah la letak lambang 1Malaysia tu sbb dah mcm bendera kat bungkusan tu sebab orang akan buang bungkusan yang tak cantik tu. Dah la orang kat Malaysia ni suka buang sampah merata-rata. Kan ke bendera tu maruah kita?

Entri kali ni sebenarnya berkaitan tindakan dua orang ahli parlimen yang sangat ambil berat hal rakyat jajahan diorang membuat kajian terhadap beberapa barangan yang dijual di KR1M ni. Ada penemuan bakteria E.Coli dalam susu yang dijual di kedai ni. Isunya bukan apa sangat pun. Iri hati tak bertempat. Akhirnya terpaksa la pihak yan bertanggungjawab melaksanakan KR1M ni buat sidang media mengatakan dakwaan tu tak benar sama sekali. pada hemat saya, tak wajar isu ni dipermainkan. Ni alasan saya Di cawangan yang mana satu sampel tu diambil? Kalau memang betul dakwaan tu, kenapa tak buat pemeriksaan di semua KR1M yang terlibat? Kesian rakyat kat kawasan lain..

c)    Kalau betul dakwaan tu lagi, kenapa tak semak siapa pengeluar barangan tersebut di kilang pengeluaran? Ada orang halang ke? Atau nak jaga poket orang lain?

Isu ni hanya di permukaan je sebenarnya. Ni sebenarnya usaha yang sia-sia je. Bagai anjing menyalak bukit ( Peribahasa je ni). Tak perlu publisiti pun. Bukan semua orang ada kemampuan macam ahli-ahli politik tu untuk beli barang yang berjenama. Jadi setakat nak cuba benda murah tak rugi duit pun. Kontroversi yang diorang buat sebenarnya dah bertukar jadi promosi kepada premis ni. Jadi kita kena la berterima kasih juga kat diorang ni.  Saya secara jujurnya belum pernah jejak kaki ke KR1M ni. Nanti ada masa kita cerita lagi la.

Sebenarnya hidup ni semuanya tentang pilihan. Niat pihak tertentu tu mesti ada muslihat politik. Nama pun ahli politik... kalau ye pun jangan la kacau benda berkaitan keperluan seharian penggguna. Kenapa bila barang murah kita terus memandang usaha tersebut sebagai barangan murah dan tiada kualiti. Kalau ikut logik akal, sepatutnya kita mesti la lagi suka sebab murah. Kalau kita rasa murah sangat sampai tak boleh diterima akal, tak payah la kita beli barang tu. Susah ke? Kita sebenarnya lupa kita sentiasa dikelilingi barang-barang murah. Kenapa kedai 2 Ringgit banyak kat Malaysia ni?

Kita patut bangga sebenarnya dengan usaha kerajaan yang membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana yang hidup di bandar-bandar.

MARAH

Ada peniaga yang marah dengan usaha kerajaan membuka KR1M ni. Katanya akan menjejaskan perniagaan mereka. Nasib baru 60 cawangan je KR1M ni. Kalau 6 ribu? Pandangan peribadi saya menyatakan kerajaan cuba menyampaikan mesej di bawah untuk peniaga-peniaga runcit kat luar sana :

a)   Jangan mengaut keuntungan terlalu melampau yang menindas pengguna. Ini kerana setiap tindakan diorang akan memberi refleks kepada kerajaan. Bila harga barang tak terkawal, mula la kerajaan dipersalahkan sebab tak jaga kebajikan rakyat. 

b)   Sebagai peringatan kepada peniaga kat luar sana yang kerajaan berkuasa untuk melawan peniaga yang rasa besar kepala mengawal harga sesuka hati.” Kalau korang menyalahgunakan kebenaran yang kerajaan bagi untuk berniaga, kerajaan boleh buat perniagaan sama macam korang yang lebih murah”. Em lebih kurang macam tu la pendangan peribadi saya di sebalik tindakan kerajaan ni.

MYDIN

Kenapa bagi dana untuk Mydin uruskan KR1M ni? Dah tak ada syarikat bumiputera lain ke nak bagi? Ni mesti kroni ni..
Kenapa tidak? Jenama Mydin dah dikenali oleh semua rakyat Malaysia. Kejayaan Mydin dikecapi bukan dalam sekelip mata tapi bertatih sejak lebih 20 tahun lepas. Jadi layak la untuk Mydin kawal selia KR1M ni. Pengalaman yang ditimba mampu menjadi guru terbaik buat kita. Bukan begitu? Lagipun syarikat bumiputera mana lagi yang berpengalaman menguruskan barangan murah secara besar-besaran?

KRITIKAN LOGO 1 MALAYSIA

Ha, ni yang bahagian yang tak berapa sedap. Dah nama pun Kedai Rakyat 1Malaysia, cap pada bungkusan pun mesti la tertera logo 1Malaysia kan. Pada pandangan peribadi saya, logo tu tak perlu. Tau tak pembaca asal usul logo 1Malaysia? Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia. Jadi ni bermakna bendera kita diletakkan sebagai cap pada setiap produk yang terjua di KR1M ni. Sudah la bungkusan memang “out”, jadi orang akan buang bungkusan tu merata-rata. Tak ke tindakan tu menghina bendera kita? Ada segelintir orang marah bila wajah PM diturunkan oleh mahasiswa baru-baru ni. Mana orang-orang ni untuk membela bendera kita? Fikir-fikirkan. Sekian dulu.

Hingga dakwat yang terakhir!

By : Amer Amar

BIROKRASI DAN KERAJAAN


Saya tidak pernah terfikir untuk mengenengahkan isu ini di entri blog saya, tetapi sahabat saya yang meminta saya untuk mengulas isu ini lalu tercetusnya idea untuk menulis artikel ini.  Jujurnya saya amat tertarik dengan isu Birokrasi dalam sektor awam kerana saya pernah belajar apa itu birokrasi, pernah berurusan dengan perkhidmatan awam dan juga pernah menjadi penjawat awam sehingga saya berkhidmat di Badan Berkanun sekarang ini. Birokrasi bermaksud sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.

Dalam konteks Malaysia, kita seringkali mendengar isu-isu berkenaan kerenah birokrasi terutama dalam sektor awam yang dimainkan di media massa dan sewaktu dengannya. Terdengar sayup-sayup rungutan dan rintihan daripada mereka2 yang pernah berurusan dengan agensi-agensi kerajaan di Malaysia. Kadangkala rungutan tersebut disertai dengan kata-kata kesat dan cacian, cacian dan sebagainya, merangkumi segala ramuan yang diperlukan untuk menghasilkan dua perkataan iaitu ‘’ Ohh Teruknya”. Kadangkala juga rungutan tersebut disertai tohmahan yang sinis tetapi pada dasarnya mereka tak tahu kisah di sebalik brokrasi tersebut. Saya percaya sebilangan mereka terperangkap dengan enigma dan dogma “”Customer is Always Right’’ tetapi mereka tidak pernah cuba mencari pengertian ‘’Right doesn’t belong to you totally’’. Saya juga percaya kakitangan awam yang bermasalah ataupun ‘’Di masaalahkan’’ tersebut tidak  pernah terfikirkan hak mereka untuk menerangkan ataupun berhujah bagi mempertahankan segala kecelaruan yang berlaku di sebalik kisah birokrasi.

Saya pernah berada di sektor awam selama dua tahun dan sekarang saya berkhidmat di Badan Berkanun yang separuh awam separuh swasta. Secara kasarnya saya Nampak apa yang berlaku dan apa yang tidak kena dalam soktor awam ini. Selalunya tipikal komen dan rungutan dari rakyat tentang perkhidmatan awam adalah kerajaan lembap, proses lambat, makan masa, banyak prosedur bla bla bla. Rungutan2 tersebut adalah biasa dan acapkali kita mendengar rungutan yang berulang-ulang ini. Benarkah tuduhan tersebut ataupun ia sekadar tuduhan semata-mata? Saya tidak nafikan kebenaran di sebalik semua itu, saya juga pernah berurusan dengan agensi kerajaan dan adakalanya apa yang mereka alami saya juga rasai. Tetapi saya tidak menyalahkan kerajaan 100% dalam isu ini kerana usaha dari pihak Kerajaan sentiasa ada dan berterusan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam yang berkelas dunia. Saya Nampak usaha kearah itu, tetapi seperti biasa dalam setiap perancangan ada juga batasanya. Selagi manusia digandingkan bersama sistem ,     selagi itulah sistem itu tidak mampu untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada penerimanya kerana dalam 1000 manusia akan ada seorang yang bermasalah dan akan membuat masalah kepada sistem tersebut. Samada di permulaan ataupun pertengahan mahupun di penghujung rantaian sistem, kegagalan seorang mampu meranapkan seluruh sistem dan memberikan kesan yang besar terhadap reputasi dan imej secara total mahupun partial. Tetapi tanpa manusia ataupun ‘’workforce’’ maka tidak sempurnalah perjalanan dan kelancaran sistem tersebut kerana sistem memerlukan manusia untuk mengoperasikannya. Pendek kata sistem dan manusia memerlukan antara satu sama lain untuk menghasilkan keputusan yang terbaik.

Saya melihat Kerajaan melalui agensinya seperti MAMPU dan Kementerian telah membuat perancangan dan melaksanakan pelan untuk meningkatkan kualiti penyampaian sector awam secara berperingkat-peringkat sejak 30 tahun lepas bermula dengan era Tun Dr Mahathir Mohammad. Kerajaan di bawah pimpinan Tun telah melakukan banyak perubahan dalam sistem penyampaian sektor awam dan sehingga kini Tun merupakan pencetus dan ‘’pioneer’’ kepada perubahan tersebut. Kita boleh lihat pada pada mulanya Tun M mencetuskan polisi Dasar Pandang Ke Timur di mana ketika krisis Malaysia - Barat Tun telah mengambil inisiatif untuk mengambil Negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea sebagai contoh dan tanda aras kepada perkhidmatan awam mahupun swasta di Malaysia. Dan ketika itu juga banyak pelaburan dari Negara matahari terbit telah masuk ke Malaysia dan ini telah membawa budaya Kerja rakyat Jepun yang sememangnya rajin ke Malaysia. Program 5S (sapu, sisih, susun, seragam & sentiasa amal) diperkenalkan kepada agensi kerajaan. Sekarang 5S dikenali sebagai QE (Quality Environment) dan terdapat persijilan QE ini kepada agensi kerajaan dan swasta melalui badan bertauliah iaitu MPC. Perlaksanaan 5S di agensi awam telah banyak membantu dalam meningkatkan pengurusan organisasi yang lebih cemerlang dan baik dari sebelumnya. Susunan fail-fail di pejabat lebih tersusun, senang di cari dan menjimatkan masa serta akses kepada maklumat. Garis panduan kepada pengurusan pejabat diperkenalkan selaras dengan polisi 5S dan ia telah membantu meningkatkan kualiti penyampaian pekhidmatan awam.

Keputusan Tun untuk melancarkan Multimedia Super Corridor (MSC) di Malaysia pada tahun 1996 merupakan salah satu keputusan dan legasi beliau yang terhebat dalam sejarah pentadbiran Negara. Ini kerana kesan daripada perlaksanaan MSC tersebut akan dirasai oleh generasi – generasi selepas kita dan relevan sehingga satu tarikh yang tidak akan diketahui. Perlaksanaan MSC telah membuka ruang dan peluang kepada peningkatan penyampaian sektor awam yang lebih berkesan melalui projek perintis di bawahnya iaitu E-Government / Elektronik – Kerajaan. Projek E-Govt telah menggariskan inisiatif dan pelan komprehensif dalam mentransformasikan corak pentadbiran dan pengurusan sektor awam Malaysia. MAMPU merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan E-Govt ini. Secara kasarnya perlakasanaan E-Govt di Malaysia ini sangat memakan masa dan kos kerana bila ia memakan masa, maka  kos juga akan meningkat dan di sini kos produktif dan duit rakyat telah terbazir begitu sahaja tanpa nila-nilai  tambah.

Konsep mudah di sini, ada MSC maka adalah Internet di Malaysia dan kemudahan internet di Malaysia dapat diperluaskan dan digunakan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. MSC telah membawa kemudahan Internet di Malaysia dan rakyat Malaysia termasuk anda semua beruntung kerana kita semua dapat menggunakan internet kerana projek MSC ini. Bila ada kemudahan internet, maka banyak perkara dan prosedur dapat dipermudahkan dengan klik sahaja di hujung jari. Melalui Internet, MAMPU telah menggariskan panduan kepada Kementerian dan Agensi kerajaan dalam ‘’Meng-Internetkan” perkhidmatan awam di Malaysia untuk penyampaian sistem yang lebih berkesan sekaligus menghapuskan dogma Birokrasi Awam. Bermula dengan perlaksanaan kad pengenalan pintar MyKad untuk seluruh rakyat Malaysia di mana pada awalnya Konsep MyKad adalah satu kad untuk semua urusan berkaitan kerajaan dan peribadi, kata mat salleh ‘’All in One’’.  Mykad yang anda semua miliki itu sepatutnya mengandungi semua maklumat dan data-data tentang anda dari maklumat diri sehingga ke perbankan. Jika polis meminta anda lesen memandu, anda hanya perlu menunjukkan I.C anda sahaja kerana Lesen anda ada di IC, pihak JPJ dan polis boleh menggunakan IC anda untuk melihat maklumat lesen memandu anda melalui ‘’device’’ dan gajet khusus. Begitu juga maklumat perbankan di mana anda tidak perlu memiliki banyak kad ATM bank untuk urusan bank anda. Hanya menggunakan IC sahaja mampu untuk mengeluarkan duit dan sebagainya. Tetapi setakat ini MyKad kita semua penggunaanya terbatas setakat maklumat peribadi dan KWSP sahaja. Ini kerana terdapat kekangan-kekangan dari segi peruntukan ‘’Hardware’’ dan bajet untuk perlaksanaan yang lebih efisyen untuk Mykad, juga isu-isu kepentingan pihak ke tiga dan industri di Malaysia sekaligus menghalang strategi asal Mykad tersebut. Jika Mykad ini ‘’all in one’’, maka rakyat Malaysia tidak perlu bersusah payah ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu, hanya ke JPN ataupun One Stop Centre maka semua maklumat tentang anda dapat dikemaskini dengan mudah. Menjimatkan masa, tenaga, kos dan tidak memberikan kesan negatif kepada produktiviti.

Saya masih ingat ketika saya habis tingkatan 5 pada tahun 2003 dahulu, saya mengisi borang UPU di internet untuk menyambung pengajian saya di Universiti. Sebelum itu, mereka-mereka sebelum kita semua menggunakan borang manual untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti tempatan dan ia cukup menyusahkan dan memakan masa malah bagi diri saya, saya tidak suka menggunakan borang manual. Tetapi MAMPU dan Kementerian Pengajian TInggi telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sistem UPU online di mana pelajar lepasan SPM/STAM/STPM hanya perlu mengisi permohonan online sahaja. Kemudahan internet telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sistem online ini, maka kos dan masa dapat dijimatkan di pihak stakeholder dan Kementerian untuk memproses permohonan borang tersebut. Walaupun masih terdapat borang2 yang perlu disi secara manual, tapi saya percaya yang ia boleh dilaksanakan secara online kesemuanya kelak. Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam dan swasta juga dipermudahkan dengan pembangunan laman sesawang permohonan kerja online oleh Kementerian Sumber Manusia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan agensi swasta lain. Jika dulu rakyat Malaysia yang ingin memasuki perkhidmatan awam perlu mengisi borang SPA8 secara manual, tetapi sekarang hanya perlu mengisi borang tersebut secara online melaui web SPA. Begitu juga sebilangan yang lain yang terpaksa mengetuk pintu ke pintu setiap syarikat dan organisasi untuk bertanyakan kerja kosong yang saya kira cukup meletihkan. Sekarang mereka boleh menggunakan Jobsmalaysia.gov dan juga jobstreet.com untuk memohon pekerjaan secara online. Saya merupakan antara  yang bertuah kerana saya dapat memasuki perkhidmatan awam dan swasta dengan mengunakan laman sesawang tersebut. Cukup mudah dan menjimatkan masa, tiada red tape dan kerenah birokrasi yang saya perlu lalui dan tempuhi, hanya menuggu panggilan temuduga sahaja. Di sini birokrasi permohonan kerja dan pengajian telah diminimakan dan kedua-dua belah pihak dapat merasai hasilnya.

Kita juga boleh lihat betapa Kerajaan Serius dalam mentransformasikan penyampaian perkhidmatan awam bagi mengurangkan ‘’face to face business matters’’ antara agensi kerajaan dan rakyat. ‘’face to face business matters’’ inilah yang selalunya menjadi rungutan dikalangan rakyat kerana ia melibatkan komunikasi dan hubungan dua hala antara dua orang dan lebih di kaunter-kaunter agensi awam. kebiasaannya kita sering mendengar rungutan dan surat dari mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan layanan buruk yang diberikan di kaunter perkhidmatan. Selalunya kaunter-kaunter yang popular adalah seperti kaunter JPN, JPJ, PDRM, Hospital dan Klinik Kesihatan. Agensi-agensi kerajaan ini selalunya menjadi sasaran kerana agensi inilah yang banyak berurusan dengan pelanggan di kaunter.

‘’’dah la kurang ajar, pastu servis lembab cam siput, ingat ni opis bapak ko?’’

Anda pernah mengungkapkan kenyataan begini setelah pulang ke rumah akibat tidak berpuas hati? Ataupun lebih sopan bahasanya? Saya akui saya pernah mengungkapkan kenyataan sedimikian ketika dahulu lebih-lebih lagi berkaitan dengan permohonan MykAd dan Lesen di JPJ. Tapi usaha kerajaan dalam meminimakan ‘’face to face business matters’’ ini amat saya hargai kerana ada usaha dari pihak kerajaan dan agensi berkaitan. Contohnya berkenaan saman, Lesen, cukai jalan dll yang boleh diperbaharui di MyEG.gov. Saya pernah memperbaharui cukai jalan saya dengan menggunakan Myeg dan ia cukup mudah, saya tidak perlu membazirkan masa saya ke kaunter JPJ dan bank untuk memperbaharui cukai jalan. Setelah memperbaharui insurans , cukai jalan saya dihantar ke pejabat saya dalam masa 3 hari bekerja dengan dikenakan sedikit caj penghantaran. Di sini kerenah birokrasi telah diminimakan, begitu juga jika ingin menyemak saman yang bolah dibuat di web Myeg tersebut tanpa perlu ke Balai trafik berdekatan.

Banyak usaha – usaha lain yang telah digerakkan oleh pihak Kerajaan dalam memantapkan penyampaian sektor awam Malaysia. Tetapi semuanya memerlukan masa dan berperingkat peringkat, kerana terdapat kekangan-kekangan yang terpaksa ditempuhi untuk mencapai apa yang dihajatkan.  Dalam perlaksanaan sistem, sudah semestinya akan ada halangan-tertentu yang perlu diatasi terlebih dahulu. Halangan peruntukan dan bajet merupakan antara halangan yang utama dalam perlaksanaan sistem yang lebih efektif dan efisyen. Ini kerana setiap inovasi dan pelan memerlukan peruntukan yang tinggi seperti peruntukan pembangunan sistem seluruh Malaysia dan pembangunan manusia. Aspek tenaga kerja juga menjadi satu persoalan kerana mereka inilah yang akan mengoperasikan sistem dan pelan tersebut. Jika mentaliti meraka masih belum dapat mencapai erti inovasi dan transformasi maka program transformasi dan peningkatan kualiti penyampaian sektor awam hanya sekadar omong kosong. Maka birokrasi dalam perkhidmatan awam akan berterusan tanpa jalan penyelesaian konkrit. Segala pelaburan jutaan ringgit hanya tinggal tanda Tanya kerana ia tidak memberi pulangan yang diinginkan. Jadi saya percaya pihak kerajaan harus menumpukan aspek pembangunan manusia jika mereka dan sistem ingin digandingkan bersama-sama dalam memacu perubahan dan inovasi sektor awam.  Perubahan tidak berlaku dalam masa satu malam, satu minggu ataupun satu bulan, apa pendapat anda?

By : Nuris

Tuesday, 10 January 2012

POLITIK DAN POLEMIK



Acapkali kita mendengar tentang polemik-polemik yang dimainkan oleh pihak2 yang berkepentingan dalam politik tahahair samada di pihak BN ataupun PR. Bagi saya polemik ini merupakan isu murahan yang cuba dimainkan untuk menyentap nilai sentimental dan meraih simpati, di samping cuba untuk menjadi jaguh dan bermain wayang. Tiada yang baik dalam permainan polemik dalam politik di Malaysia mahupun di merata dunia. Secara amnya polemik bermaksud 
perdebatan mengenai suatu masalah yg dikemukakan secara terbuka dl media massa Secara dasarnya juga polemik ini amat berguna dalam permainan psikologi dalam parti politik, pendek kata siapa yang menjadi jaguh dalam isu-isu sensitif dan boleh membawa keuntungan politik jangka pendek dan jangka panjang kepada parti mereka. Pada hemat saya polemik ini tidak sepatutnya berlaku dalam arena politik tanahair kerana bermain polemik ini ibarat permainan kanak-kanak yang masih belum matang. Sepatutnya Politikus dan Parti politik di Malaysia yang kebanyakannya sudah mencapai taraf Political Animal ini lebih matang dalam cara berpolitik mereka, bukan dengan menjaja isu-isu murahan untuk meraih publisiti dan menunjukkan bahawa mereka adalah jaguh.

Saya suka melihat isu-isu polemik yang dimainkan dan dimomokkan oleh kedua-dua belah pihak, kadangkala terasa lucu dan kelakar kerana mereka semua terpaksa menjadi politikus tahap ke tiga untuk bermain isu polemik. Tetapi di sebalik kelucuan tersebut, saya percaya juga berkemungkinan mereka tidak bermain polemic semata-mata, tetapi serius dalam memperjuangkan isu-isu yang di dendangkan tersebut. Di pihak kita, kita boleh tafsirkan sendiri samada mereka semua ikhlas ataupun tidak melalui cara mereka memperbesarkan isu –isu tersebut. Kita mempunyai akal fikiran dan pancaindera untuk berfikir dan melihat, jadi kita berhak untuk menilai sendiri apa sebenarnya yang cuba di bawa oleh mereka semua. Selalunya bila timbul isu polemik, akan timbul pula isu dipolitikkan. Itu lumrah, kesan berantai daripada isu, polemik dan ke politik itu perkara biasa di Malaysia. Perkara-perkara yang dipolemikkan ini selalunya akan disensasikan oleh media massa samada cetak ataupun elektronik, ini termasuk media ketiga iatu blog-blog di internet. Penggunaan media dalam mencetuskan satu kesan dan perasaan kasihan, sentimental , melankolik sekaligus menyebabkan perasaan marah dan geram dalam sesuatu isu amatlah berkesan. Penggunaan media ketiga seperti blog dan Facebok amatlah berkuasa dalam menjadikan isu-isu in sebagai sandaran dalam usaha untuk mencapai sesuatu tujuan politik berskala mikro ataupun makro. Selalunya ia digunakan untuk menjatuhkan kareer individu ataupun menyerang parti secara keseluruhan. Jadi ia membawa erti dan makna kemusnahan reputasi dan imej secara partial ataupun total, sekaligus cita-cita politik penyerang tersebut tercapai. Bagi saya mereka2 yang suka bermain polemik (mereka yg tidak jujur) adalah mereka yang tiada integriti dan perasaan malu kerana memperjuangkan sesuatu isu atas kepentingan politik semata-mata, bukan dengan niat yang ikhlas dan jujur.

Saya bagi beberapa contoh polemik yang dimainkan oleh parti-parti politik di Malaysia, contohnya isu kematian Aminul Rashid yang mati ditembak oleh pihak polis sebelum ini. saya mengikuti kes tersebut dan saya mendapati ia merupakan salah polis dalam melakukan operasi, saya berpendapat polis yang menembak tersebut perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal. Tetapi isu tersebut disensasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam politik samata –mata untuk mencapai tujuan politik. Dalam kes Ini pihak polis dijadikan kambing hitam secara bulat-bulat dan segala kesalahan diletakkan ke atas pihak PDRM. Seolah-olah PDRM itu badan yang tidak tahu menjalankan tugas dan kejam kerana menembak tanpa usul periksa. Imej PDRM betul2 tercalar kerana isu ini yang bagi saya dipolemikkan secara melampau oleh sesetengah pihak. Isu lain pula seperti isu perhimpunan BERSIH dan Mahasiswa sebelum ini yang kita boleh lihat videonya di youtube, kita boleh melihat bagimana keadaan kelam kabut dalam video tersebut yang dicetuskan. Dan isu ketegasan PDRM di polemikkan juga demi kepentingan sesetengah pihak, isu Polis mencederakan orang awam dan pelajar di sensasikan seolah-olah untuk mencetuskan satu persepsi di mata dunia yang seolah2 mereka melihat Malaysia ini kejam dan tiada demokrasi, badan2 berkuasa menjadi pak turut dsb. Tetapi ironinya polis-polis yang mereka kutuk ini jugalah yang mengeringi mereka jika ada lawatan rasmi dan kerja, polis2 inilah tempat mereka bergantung jika berlaku kes2 penculikan ataupun kecurian, dan polis2 inilah yang mereka akan gunakan jika mereka berkuasa sebagai sebuah kerajaan kelak.

Begitu juga dengan isu2 sensitif berkaitan dengan perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu, islam dan lain2 serta isu-isu lain yang saya percaya tuan/puan boleh fikirkan sendiri. Mungkin kadangkala secara kasar kita boleh Nampak perjuangan mereka ikhlas dalam sesetengah isu, tetapi dalam politik moden ini siapa yang boleh memberikan jaminan? Politik sekarang adalah politik caca marba. Hari ni si mereka boleh berkata A, esok B dan lusa C, tidak kisahlah sebelah BN ataupun PR. Masing-masing berjuang atas landasan politik yang berbeza, tetapi tujuan nya sama iaitu Kuasa. Politik ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk mencari pengaruh dan kuasa untuk tujuan yang baik mahupun tidak baik. Saya mengharapkan politik Malaysia berubah iklimnya kepada politik caca marba kepada politik yang matang dan berkelas dunia, di mana politikus dan parti2 politik mampu berdiri dan bersama sebagai rakyat Malaysia walaupun berbeza pendapat dan ideologi. Begitu juga pendokong2 dan penyokong kedua-dua belah pihak.

By:Nuris


Sunday, 8 January 2012

POLITICAL STAND.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, entri saya kali ini adalah tentang ‘’Political Stand’’. Apa itu political stand? Ia bermaksud prinsip politik , iaitu pada konteks saya prinsip politik belah manakah yang anda semua sokong dan sebelahi.

‘’What would be your Political Stand? Which side do you prefer and favor? If A why? If B why? Or you didn’t favor any side? Or are you Neutral because get sick of Political Game from Both Side?’’

Persoalan saya di atas saya lontarkan kepada anda semua, di pihak manakah anda? Di pihak A? B? ataupun tidak menyebelahi mana2 pihak kerana bosan dengan permainan politik oleh kedua2 belah pihak? Saya menulis artikel ini bukan untuk mempengaruhi fikiran anda semua untuk menyebelahi pihak mana ataupun menunjukkan pihak mana yang benar dan salah. Tetapi ia berkenaan satu prinsip di mana kalian semua perlu ada dan miliki untuk kebaikan anda dan Negara secara keseluruhannya. Dalam Konteks Malaysia sejak merdekanya Tanah Melayu sehingga lahirnya Persekutuan Malaya, Malaysia dan sehingga ke hari ini. Kehidupan dan sistem di Malaysia diwarnai oleh Iklim Politik yang sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan peredaran waktu. Mungkin tidak salah jika saya katakan di sini bahawa jika tidak kerana Politik, Malaysia mungkin tidak mencapai tahap seperti ini. Tidak salah juga saya katakan yang jika tidak kerana Politik, Malaysia mungkin lebih baik dan hebat daripada apa yang telah kita capai sekarang. Tetapi siapa kita yang ingin memberikan penilaian sedemikian sedangkan kita semua kebanyakannya hidup di zaman selepas merdeka dan hanya mewarisi keamanan yang telah dijelmakan oleh atuk nenek dan moyang kita semua.

‘’Politic is an art of Possible, the way to influence others’’

Secara realitinya dan dalam konteks Malaysia, kita semua memerlukan platform politik jika ingin menyampaikan dan mengetengahkan sesuatu isu, pendapat, bantahan dll kepada pihak Kerajaan. Dan secara dasarnya kita diwakili oleh mereka-mereka yang telah kita pilih dan menang ketika PRU yang digelar sbg Y.B /wakil rakyat. Mereka-mereka ini semua yang akan membawa segala permasalahan, isu, cadangan ke DUN ataupun Parlimen dan dibahaskan di sana untuk kelulusan Ahli Dewan. Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan dan telah menetapkan garis panduan dan bidang tugas Kerajaan Persekutuan, Negeri dan juga Kerajaan Tempatan dengan spesifik. Mereka semua bertindak dan menggunakan kuasa seperti yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan tersebut. Oleh itu, rakyat mewakilkan mereka samada di DUN ataupun Parlimen untuk menyuarakan hak-hak mereka. Jika kampung A tiada jalanraya berturap , YB kg A akan membawa isu ini ke DUN dan akan dibahaskan.  Ahli dewan bersetuju dan memberikan peruntukan untuk membina dan menurap jalan melalui Agensinya iaitu JKR. Jika pelajar-pelajar Malaysia tidak berpuas hati tentang AUKU, Menteri yang terlibat akan membahaskan rang undang-undang tersebut di Parlimen  untuk kelulusan pindaan ataupun pemansuhan. Inilah yang dinamakan proses demokrasi, satu sistem yang telah digunapakai oleh Negara-negara besar dunia dan juga Malaysia. Kita tidak boleh lari daripada sistem ini kerana Ia telah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia. Bagi mereka dan rakan-rakan yang telah mempelajari subjek Sains Politik ketika di kampus akan lebih menegerti tentang erti politik dan demokrasi secara teori.

Tetapi dalam keriuhan politik dan demokrasi di Malaysia terdapat sesetengah golongan dan kumpulan yang dikenali sebagai golongan ketiga dalam arena politik Malaysia. Mereka ini adalah kumpulan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak parti politik, tidak mengundi, mengambil pendekatan tunggu dan lihat, lebih bersikap neutral dan rasional daripada kumpulan yang lain. Dahulunya saya juga tergolong dalam kumpulan ini, saya benci iklim politik Malaysia yang agak kebudak-budakan berbanding negara lain. Saya impikan politik yang sihat dan matang yang membawa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat jelata. Bukan menyusahkan rakyat dan menjelikkan rakyat. Kumpulan ini lebih bersikap Neutral dan selalunya atas agar dalam prinsip politik mereka. Sikap tunggu dan lihat menjadi ‘’trademark’’ dalam gerakan generasi ketiga ini. begitu juga saya, saya suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam isu-isu politik Malaysia. Saya menyokong mana-mana tindakan yang saya rasa betul dan saya mengkritik mana-mana tindakan yang pada saya salah dilakukan oleh parti-parti politik Malaysia.  Kadangkala saya rasa sistem ‘’Multiparty’’ ataupun berbagai parti yang diamalkan di Malaysia ini cukup menyusahkan diri saya kerana setiap parti mempunyai kerenah-kerenah tersendiri. Saya terfikir kenapa sistem Malaysia tidak seperti sistem AS dan Britain iaitu sistem Dua Parti sahaja, Republikan vs Demokrat di AS dan Buruh vs Konservatif di Britain. Walaupun di Malaysia usaha kearah sistem dua parti sedang berjalan kerana jika kita lihat ketika PRU dua parti komponen terbesar iaitu BN & PR bertanding untuk merebut kerusi, tetapi pada dasarnya ia tetap sistem berbagai parti kerana BN & PR dibentuk atas dasar persefahaman dan perkongsian kuasa antara parti-parti  Mungkin kerana Negara mereka Negara bangsa yang mempunyai satu bangsa berbanding Malaysia yang pelbagai bangsa memudahkan cara mereka bepolitik dan mempunyai sistem yang lebih teratur.

Jadi, di Malaysia mempunyai 3 golongan dan kumpulan dalam arena politik iaitu golongan A yang menyebelahi Kerajaan yang memerintah, golongan B yang menyokong pembangkang dan golongan C yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan neutral. Ini  termasuk NGO2 yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia yang pada dasarnya juga menyokong mana-mana pihak yang mampu untuk memberikan dana kepada mereka. 3 golongan ini mempunyai prinsip , idelologi, pandangan, idea dan jalan politik masing-masing yang tersendiri. Masing-masing mempunyai cara untuk meneruskan survival meraka dalam arena politik tanahair, ikut pintu depan ataupun melalui pintu belakang, ataupun menggunakan pintu suka hati seperti alat Doraemon itu. Pintu depan, belakang dan suka hati, walaupun ada betul dan salah tetapi itulah lumrah politik di Malaysia. Tiada permainan bersih dalam politik, mungkin politik itu bersih tetapi politikus itu sendiri yang menjadi persoalannya.

Anda semua di golongan yang mana? Cuba tempatkan diri anda di kedudukan A/B/C, manakah pilihan hati anda semua? Saya telah katakan yang saya di pihak C sebelum ini, saya tidak pernah mengundi walaupun sepatutnya saya mengundi pada PRU 2008 lepas. Tapi pada satu tahap saya tertanya-tanya sampai bila nak jadi C? sampai bila nak tunggu dan perhati sahaja tanpa membuang undi?  Kalau tidak mengundi adakah hasilnya sama seperti mengundi?  Setelah sekian lama saya berada di pihak C saya mula berkira-kira untuk menempatkan diri di golongan A & B, saya perlu mengundi parti politik mana yang saya rasakan mampu untuk membawa angin perubahan dalam Negara kita. Saya sayangkan Negara ini dan saya mahu mereka yang benar-benar berwibawa sahaja yang menerajui Negara ini.  Seperti saya katakan di awal tadi, sistem di Malaysia telah menetapkan wakil rakyat sebagai wakil kita semua di DUN dan Parlimen. Segala permasalahan dan isu kita salurkan menggunakan saluran yang betul iaitu melalui YB kita , bukan dengan cara yang menyusahkan rakyat jelata seperti Demonstrasi dan sebagainya.

‘’Malaysia context, if u want to raise issue’s up there, u need a political platform’’

Ya, dalam konteks Malaysia kita perlukan platform politik samada pihak Kerajaan ataupun pembangkang untuk membawa isu keatas. Jika anda di tempat C, sampai bila anda semua akan kekal di C? sampai bila anda semua akan tunggu dan sekadar memerhati sahaja? Atau adakah sudah ada pilihan hati? Sampai masanya kita harus memilih pihak yang mana kita rasa mampu untuk menjaga kita semua sebagai ‘’Stakeholder’’ terbesar mereka semua. Jika kekal neutral, dan anda ingin mencapai impian anda dan inginkan yang lain ikut cara anda, tubuhkan parti Politik yang baru. Daftar pada plihanraya, sediakan duit deposit untuk bertanding dan jika kalah jangan dikesalkan. Sekurang-kurangnya anda berjuang dan kalah secara bermaruah, tetapi sampai bila? Nak tak Nak, suka ataupun tidak suka inilah Malaysia, inilah sistem yang kita pakai dan warisi sejak merdeka lagi. Sistem Demokrasi berparlimen, berteraskan perlembagaan , bertunjangkan sistem Raja-Raja, dan berlandaskan Rukun Negara.

‘’Remember, your vote is secret’’

By : Nuris

MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU DAN MUNGKIN ANDA TAHU


Mungkin anda  semua tidak tahu dan sedar tentang apa yang bakal saya ceritakan dalam artikel ini. Anda tidak sedar semasa anda membaca artikel saya ini ramai bayi yang lahir ke dunia ini, ramai manusia yang hilang nyawa, ramai yang sedang menjamu selera, ramai yang sedang lena dan membuang masa dsbg. Tetapi bukan ceritera ini yang saya ingin tulis untuk anda semua, mungkin anda tidak tahu dan sedar tentang perkara ini dan berkemungkinan juga anda tahu dan sedar tentang apa yang bakal saya ceritakan ini.

Artikel kali ini berkisahkan tentang pemerhatian saya selama 6 bulan setengah di atas jalanraya selama saya menaiki motosikal ke pejabat dan keluar bersosial. Kebiasaannya dan rutin harian saya ke tempat kerja adalah dengan menaiki motosikal skuter saya yang pernah digelar Jet Ski Darat ini..saya berulang alik daripada rumah saya di Klang ke Pejabat saya di Shah Alam setiap hari. Saya akan pastikan yang setiap hari saya akan menunggang motosikal ke pejabat daripada memandu kereta, saya tidak suka memandu kereta kerana tahap kesesakan di shah alam sudah sampai tahap ke 33. Saya lebih suka menunggang motor dan memerhati sekeliling ketika dalam perjalanan , tetapi jika saya memandu kereta saya juga akan memerhati sekeliling saya. itu memang hobi saya, saya suka menganalisa persekitaran yang saya lalui dan merekod di dalam otak saya.

Sepanjang pemerhatian saya semasa menunggang motor dan memandu kereta, saya dapati dan sedar satu perkara yang saya rasa agak ganjil dan saya tidak pernah terfikir mahupun sedar selama saya hidup atas muka bumi ini. Saya menilai jurang antara kaum di Malaysia dalam pemilikan kenderaan atas jalanraya dan mendapati satu perkara. Sepanjang perjalanan saya saya tidak pernah dan terserempak dengan penunggang motosikal berbangsa Cina yang usianya sebaya dan lebih kurang dari saya mahupun usia tuan/puan semua. Saya mendapati tiada satu pun bangsa Cina yang umurnya, fizikalnya, biografinya secara amnya sama dengan saya. Maksud saya di sini, orang cina yang berusia remaja, pertengahan/bawah 20 an ataupun 30 an yang menunggang motosikal untuk tujuan urusan harian samada kerja atupun lain-lain. Orang cina yang di pertengahan usia, yang kadangkala kita boleh gelarkannya sebagai ‘’apek’’ saya sering terserempak tetapi tak ramai. Tetapi mereka yang saya kira golongan Gen-X da juga Y tidak pula saya Nampak menunggang motosikal di lorong motor jalan persekutuan, KESAS, NKVE, LEKAS, LKSA, SKVE dan segala highway serta jalan bandaran di Selangor.

Bagaimana dengan kalian semua? Pernah terserempak? Kalau pernah saya Inginkan maklumbalas darpada tuan/puan semua. Saya pernah ajukan persoalan ini kepada rakan-rakan saya dan mereka juga tidak sedar tentang perkara ini. Saya menyuruh mereka untuk membuat Pemerhatian semasa mereka menunggang motor, tetapi hasil yang mereka dapat juga seperti saya. Cuba tuan/puan fikirkan dan ingat semula di fikiran , pernahkan anda semua terserempak dengan mereka ini sebaya usia tuan puan menunggang motor untuk ke tempat kerja mahupun keluar berdating dan bersosial? Oleh itu saya buat sedikit kajian secara pemerhatian selama 6 bulan untuk mengesahkan isu ini. saya dapati cina yang Gen-X & Y ini tidak menunggang motor untuk urusan harian, tetapi mereka memandu kereta dan yang paling unik mereka semua menaiki kenderaan awam terutama bas untuk ke tempat kerja dan ke pusat membeli belah. Bangsa melayu pula saya dapati adalah bangsa yang paling ramai ataupun majoriti penunggang motor di Jalanraya untuk ke tempat kerja mahupun keluar bersosial. Sepanjang saya menggunakan lorong motor di Jalan Persekutuan untuk ke pejabat dan urusan lain, saya dapati yang laju, yang menunggang secara berbahaya, yang rempit, yang lari dari polis, yang eksiden dan yang mati semuanya Melayu. Jarang saya melihat penunggang motor berbangsa cina usia pertengahan 20 an yang mati kerana kemalangan, kalau kemalangan kereta ya itu ada. Saya teruskan pemerhatian saya, saya dapati di parkir motor pusat membeli belah juga majoriti anak2 muda melayu dan juga sedikit bangsa india.  Saya memerhati lagi, saya perhatikan yang anak2 cina ini kalau pulang daripada tempat kerja mereka akan menaiki kenderaan awam ataupun dijemput oleh ibu bapa mereka.

Saya tertanya2 apakah punca dan sebab kepada semua inI? tidak saya sngka terdapat polarisasi kaum dalam pemilikan kenderaan yang agak ketara di atas jalan di Malaysia ini. Saya terfikir adakah ini bukti jurang pendapatan yang ketara antara keluarga Melayu dan Cina di mana keluarga cina di Malaysia mampu untuk membelikan anak2 mereka setiap seorang sebuah kereta untuk urusan harian tetapi keluarga melayu pula kebanyakannya tidak mampu? Anak2 muda melayu kita semua selepas tamat pengajian perlu bekerja, menyimpan duit untuk berkahwin, membeli kereta dan rumah tetapi menunggang motor juga pilihan utama. Ataupun ini bukti kepada kita semua yang mentaliti bangsa cina secara amnya sangat tinggi dan mereka mempunyai kesedaran tentang bahayanya bagi anak2 mereka untuk menunggang motor untuk urusan harian mereka? Saya akui yang menunggang motor amat merbahaya dan bila2 masa sahaja nyawa boleh melayang samada disebabkan oleh kecuaian kita sendiri mahupun orang lain. Walaupun kereta juga berisiko, tetapi risiko kematian adalah tinggi bagi penunggang motor. Ini telah terbukti dengan statistik kemalangan yang tertinggi di Malaysia adalah dari kalangan penungang motor berbanding kereta. Cuba anda lihat, golongan rempit di jalanan itu semua dari mana asal bangsa mereka, adakah anak cina yang terlibat dalam aktiviti rempit tersebut.  Kadangkala saya ke bengkel motor untuk membaiki motor saya dapati semuanya penunggang motor melayu dan india, saya dapati juga yang berduyun-duyun membeli motor di kedai motor adalah anak-anak melayu kita..tetapi Ironinya, taukeh dan Tuan punya kedai adalah bangsa mereka…hmmm…ironi sungguh…apa pendapat anda??

By : Nuris