Sunday, 8 January 2012

POLITICAL STAND.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, entri saya kali ini adalah tentang ‘’Political Stand’’. Apa itu political stand? Ia bermaksud prinsip politik , iaitu pada konteks saya prinsip politik belah manakah yang anda semua sokong dan sebelahi.

‘’What would be your Political Stand? Which side do you prefer and favor? If A why? If B why? Or you didn’t favor any side? Or are you Neutral because get sick of Political Game from Both Side?’’

Persoalan saya di atas saya lontarkan kepada anda semua, di pihak manakah anda? Di pihak A? B? ataupun tidak menyebelahi mana2 pihak kerana bosan dengan permainan politik oleh kedua2 belah pihak? Saya menulis artikel ini bukan untuk mempengaruhi fikiran anda semua untuk menyebelahi pihak mana ataupun menunjukkan pihak mana yang benar dan salah. Tetapi ia berkenaan satu prinsip di mana kalian semua perlu ada dan miliki untuk kebaikan anda dan Negara secara keseluruhannya. Dalam Konteks Malaysia sejak merdekanya Tanah Melayu sehingga lahirnya Persekutuan Malaya, Malaysia dan sehingga ke hari ini. Kehidupan dan sistem di Malaysia diwarnai oleh Iklim Politik yang sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan peredaran waktu. Mungkin tidak salah jika saya katakan di sini bahawa jika tidak kerana Politik, Malaysia mungkin tidak mencapai tahap seperti ini. Tidak salah juga saya katakan yang jika tidak kerana Politik, Malaysia mungkin lebih baik dan hebat daripada apa yang telah kita capai sekarang. Tetapi siapa kita yang ingin memberikan penilaian sedemikian sedangkan kita semua kebanyakannya hidup di zaman selepas merdeka dan hanya mewarisi keamanan yang telah dijelmakan oleh atuk nenek dan moyang kita semua.

‘’Politic is an art of Possible, the way to influence others’’

Secara realitinya dan dalam konteks Malaysia, kita semua memerlukan platform politik jika ingin menyampaikan dan mengetengahkan sesuatu isu, pendapat, bantahan dll kepada pihak Kerajaan. Dan secara dasarnya kita diwakili oleh mereka-mereka yang telah kita pilih dan menang ketika PRU yang digelar sbg Y.B /wakil rakyat. Mereka-mereka ini semua yang akan membawa segala permasalahan, isu, cadangan ke DUN ataupun Parlimen dan dibahaskan di sana untuk kelulusan Ahli Dewan. Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan dan telah menetapkan garis panduan dan bidang tugas Kerajaan Persekutuan, Negeri dan juga Kerajaan Tempatan dengan spesifik. Mereka semua bertindak dan menggunakan kuasa seperti yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan tersebut. Oleh itu, rakyat mewakilkan mereka samada di DUN ataupun Parlimen untuk menyuarakan hak-hak mereka. Jika kampung A tiada jalanraya berturap , YB kg A akan membawa isu ini ke DUN dan akan dibahaskan.  Ahli dewan bersetuju dan memberikan peruntukan untuk membina dan menurap jalan melalui Agensinya iaitu JKR. Jika pelajar-pelajar Malaysia tidak berpuas hati tentang AUKU, Menteri yang terlibat akan membahaskan rang undang-undang tersebut di Parlimen  untuk kelulusan pindaan ataupun pemansuhan. Inilah yang dinamakan proses demokrasi, satu sistem yang telah digunapakai oleh Negara-negara besar dunia dan juga Malaysia. Kita tidak boleh lari daripada sistem ini kerana Ia telah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia. Bagi mereka dan rakan-rakan yang telah mempelajari subjek Sains Politik ketika di kampus akan lebih menegerti tentang erti politik dan demokrasi secara teori.

Tetapi dalam keriuhan politik dan demokrasi di Malaysia terdapat sesetengah golongan dan kumpulan yang dikenali sebagai golongan ketiga dalam arena politik Malaysia. Mereka ini adalah kumpulan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak parti politik, tidak mengundi, mengambil pendekatan tunggu dan lihat, lebih bersikap neutral dan rasional daripada kumpulan yang lain. Dahulunya saya juga tergolong dalam kumpulan ini, saya benci iklim politik Malaysia yang agak kebudak-budakan berbanding negara lain. Saya impikan politik yang sihat dan matang yang membawa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat jelata. Bukan menyusahkan rakyat dan menjelikkan rakyat. Kumpulan ini lebih bersikap Neutral dan selalunya atas agar dalam prinsip politik mereka. Sikap tunggu dan lihat menjadi ‘’trademark’’ dalam gerakan generasi ketiga ini. begitu juga saya, saya suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam isu-isu politik Malaysia. Saya menyokong mana-mana tindakan yang saya rasa betul dan saya mengkritik mana-mana tindakan yang pada saya salah dilakukan oleh parti-parti politik Malaysia.  Kadangkala saya rasa sistem ‘’Multiparty’’ ataupun berbagai parti yang diamalkan di Malaysia ini cukup menyusahkan diri saya kerana setiap parti mempunyai kerenah-kerenah tersendiri. Saya terfikir kenapa sistem Malaysia tidak seperti sistem AS dan Britain iaitu sistem Dua Parti sahaja, Republikan vs Demokrat di AS dan Buruh vs Konservatif di Britain. Walaupun di Malaysia usaha kearah sistem dua parti sedang berjalan kerana jika kita lihat ketika PRU dua parti komponen terbesar iaitu BN & PR bertanding untuk merebut kerusi, tetapi pada dasarnya ia tetap sistem berbagai parti kerana BN & PR dibentuk atas dasar persefahaman dan perkongsian kuasa antara parti-parti  Mungkin kerana Negara mereka Negara bangsa yang mempunyai satu bangsa berbanding Malaysia yang pelbagai bangsa memudahkan cara mereka bepolitik dan mempunyai sistem yang lebih teratur.

Jadi, di Malaysia mempunyai 3 golongan dan kumpulan dalam arena politik iaitu golongan A yang menyebelahi Kerajaan yang memerintah, golongan B yang menyokong pembangkang dan golongan C yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan neutral. Ini  termasuk NGO2 yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia yang pada dasarnya juga menyokong mana-mana pihak yang mampu untuk memberikan dana kepada mereka. 3 golongan ini mempunyai prinsip , idelologi, pandangan, idea dan jalan politik masing-masing yang tersendiri. Masing-masing mempunyai cara untuk meneruskan survival meraka dalam arena politik tanahair, ikut pintu depan ataupun melalui pintu belakang, ataupun menggunakan pintu suka hati seperti alat Doraemon itu. Pintu depan, belakang dan suka hati, walaupun ada betul dan salah tetapi itulah lumrah politik di Malaysia. Tiada permainan bersih dalam politik, mungkin politik itu bersih tetapi politikus itu sendiri yang menjadi persoalannya.

Anda semua di golongan yang mana? Cuba tempatkan diri anda di kedudukan A/B/C, manakah pilihan hati anda semua? Saya telah katakan yang saya di pihak C sebelum ini, saya tidak pernah mengundi walaupun sepatutnya saya mengundi pada PRU 2008 lepas. Tapi pada satu tahap saya tertanya-tanya sampai bila nak jadi C? sampai bila nak tunggu dan perhati sahaja tanpa membuang undi?  Kalau tidak mengundi adakah hasilnya sama seperti mengundi?  Setelah sekian lama saya berada di pihak C saya mula berkira-kira untuk menempatkan diri di golongan A & B, saya perlu mengundi parti politik mana yang saya rasakan mampu untuk membawa angin perubahan dalam Negara kita. Saya sayangkan Negara ini dan saya mahu mereka yang benar-benar berwibawa sahaja yang menerajui Negara ini.  Seperti saya katakan di awal tadi, sistem di Malaysia telah menetapkan wakil rakyat sebagai wakil kita semua di DUN dan Parlimen. Segala permasalahan dan isu kita salurkan menggunakan saluran yang betul iaitu melalui YB kita , bukan dengan cara yang menyusahkan rakyat jelata seperti Demonstrasi dan sebagainya.

‘’Malaysia context, if u want to raise issue’s up there, u need a political platform’’

Ya, dalam konteks Malaysia kita perlukan platform politik samada pihak Kerajaan ataupun pembangkang untuk membawa isu keatas. Jika anda di tempat C, sampai bila anda semua akan kekal di C? sampai bila anda semua akan tunggu dan sekadar memerhati sahaja? Atau adakah sudah ada pilihan hati? Sampai masanya kita harus memilih pihak yang mana kita rasa mampu untuk menjaga kita semua sebagai ‘’Stakeholder’’ terbesar mereka semua. Jika kekal neutral, dan anda ingin mencapai impian anda dan inginkan yang lain ikut cara anda, tubuhkan parti Politik yang baru. Daftar pada plihanraya, sediakan duit deposit untuk bertanding dan jika kalah jangan dikesalkan. Sekurang-kurangnya anda berjuang dan kalah secara bermaruah, tetapi sampai bila? Nak tak Nak, suka ataupun tidak suka inilah Malaysia, inilah sistem yang kita pakai dan warisi sejak merdeka lagi. Sistem Demokrasi berparlimen, berteraskan perlembagaan , bertunjangkan sistem Raja-Raja, dan berlandaskan Rukun Negara.

‘’Remember, your vote is secret’’

By : Nuris

No comments:

Post a Comment