Wednesday, 25 January 2012

Kedai Rakyat 1Malaysia


Kita masuk campur berita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sikit. Sehingga artikel ni ditulis, kementerian menyatakan bahawa 60 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di seluruh negara. Sekali dengar memang menarik kan. Kedai ni menyediakan barangan yang hampir lengkap. Yang lebih seronok, harga memang murah. Cuma bungkusan mmg tak boleh pakai la. Tak elok langsung? Dah la ada bendera Malaysia plak tu. Rasanya tak payah la letak lambang 1Malaysia tu sbb dah mcm bendera kat bungkusan tu sebab orang akan buang bungkusan yang tak cantik tu. Dah la orang kat Malaysia ni suka buang sampah merata-rata. Kan ke bendera tu maruah kita?

Entri kali ni sebenarnya berkaitan tindakan dua orang ahli parlimen yang sangat ambil berat hal rakyat jajahan diorang membuat kajian terhadap beberapa barangan yang dijual di KR1M ni. Ada penemuan bakteria E.Coli dalam susu yang dijual di kedai ni. Isunya bukan apa sangat pun. Iri hati tak bertempat. Akhirnya terpaksa la pihak yan bertanggungjawab melaksanakan KR1M ni buat sidang media mengatakan dakwaan tu tak benar sama sekali. pada hemat saya, tak wajar isu ni dipermainkan. Ni alasan saya Di cawangan yang mana satu sampel tu diambil? Kalau memang betul dakwaan tu, kenapa tak buat pemeriksaan di semua KR1M yang terlibat? Kesian rakyat kat kawasan lain..

c)    Kalau betul dakwaan tu lagi, kenapa tak semak siapa pengeluar barangan tersebut di kilang pengeluaran? Ada orang halang ke? Atau nak jaga poket orang lain?

Isu ni hanya di permukaan je sebenarnya. Ni sebenarnya usaha yang sia-sia je. Bagai anjing menyalak bukit ( Peribahasa je ni). Tak perlu publisiti pun. Bukan semua orang ada kemampuan macam ahli-ahli politik tu untuk beli barang yang berjenama. Jadi setakat nak cuba benda murah tak rugi duit pun. Kontroversi yang diorang buat sebenarnya dah bertukar jadi promosi kepada premis ni. Jadi kita kena la berterima kasih juga kat diorang ni.  Saya secara jujurnya belum pernah jejak kaki ke KR1M ni. Nanti ada masa kita cerita lagi la.

Sebenarnya hidup ni semuanya tentang pilihan. Niat pihak tertentu tu mesti ada muslihat politik. Nama pun ahli politik... kalau ye pun jangan la kacau benda berkaitan keperluan seharian penggguna. Kenapa bila barang murah kita terus memandang usaha tersebut sebagai barangan murah dan tiada kualiti. Kalau ikut logik akal, sepatutnya kita mesti la lagi suka sebab murah. Kalau kita rasa murah sangat sampai tak boleh diterima akal, tak payah la kita beli barang tu. Susah ke? Kita sebenarnya lupa kita sentiasa dikelilingi barang-barang murah. Kenapa kedai 2 Ringgit banyak kat Malaysia ni?

Kita patut bangga sebenarnya dengan usaha kerajaan yang membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana yang hidup di bandar-bandar.

MARAH

Ada peniaga yang marah dengan usaha kerajaan membuka KR1M ni. Katanya akan menjejaskan perniagaan mereka. Nasib baru 60 cawangan je KR1M ni. Kalau 6 ribu? Pandangan peribadi saya menyatakan kerajaan cuba menyampaikan mesej di bawah untuk peniaga-peniaga runcit kat luar sana :

a)   Jangan mengaut keuntungan terlalu melampau yang menindas pengguna. Ini kerana setiap tindakan diorang akan memberi refleks kepada kerajaan. Bila harga barang tak terkawal, mula la kerajaan dipersalahkan sebab tak jaga kebajikan rakyat. 

b)   Sebagai peringatan kepada peniaga kat luar sana yang kerajaan berkuasa untuk melawan peniaga yang rasa besar kepala mengawal harga sesuka hati.” Kalau korang menyalahgunakan kebenaran yang kerajaan bagi untuk berniaga, kerajaan boleh buat perniagaan sama macam korang yang lebih murah”. Em lebih kurang macam tu la pendangan peribadi saya di sebalik tindakan kerajaan ni.

MYDIN

Kenapa bagi dana untuk Mydin uruskan KR1M ni? Dah tak ada syarikat bumiputera lain ke nak bagi? Ni mesti kroni ni..
Kenapa tidak? Jenama Mydin dah dikenali oleh semua rakyat Malaysia. Kejayaan Mydin dikecapi bukan dalam sekelip mata tapi bertatih sejak lebih 20 tahun lepas. Jadi layak la untuk Mydin kawal selia KR1M ni. Pengalaman yang ditimba mampu menjadi guru terbaik buat kita. Bukan begitu? Lagipun syarikat bumiputera mana lagi yang berpengalaman menguruskan barangan murah secara besar-besaran?

KRITIKAN LOGO 1 MALAYSIA

Ha, ni yang bahagian yang tak berapa sedap. Dah nama pun Kedai Rakyat 1Malaysia, cap pada bungkusan pun mesti la tertera logo 1Malaysia kan. Pada pandangan peribadi saya, logo tu tak perlu. Tau tak pembaca asal usul logo 1Malaysia? Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia. Jadi ni bermakna bendera kita diletakkan sebagai cap pada setiap produk yang terjua di KR1M ni. Sudah la bungkusan memang “out”, jadi orang akan buang bungkusan tu merata-rata. Tak ke tindakan tu menghina bendera kita? Ada segelintir orang marah bila wajah PM diturunkan oleh mahasiswa baru-baru ni. Mana orang-orang ni untuk membela bendera kita? Fikir-fikirkan. Sekian dulu.

Hingga dakwat yang terakhir!

By : Amer Amar

No comments:

Post a Comment