Thursday, 5 January 2012

MAHASISWA & REVOLUSI?

Saya agak tertarik dengan isu mahasiswa sejak kebelakangan ini, maafkan saya kerana mengupas isu ini kerana saya juga merupakan bekas mahasiswa yang tamat pengajian pada tahun 2009 dan hampir 3 tahun saya tidak bergelar mahasiswa walaupun ada perancangan untuk menyambung pengajian di peringkat Master Insyaallah. Paparan di media massa tentang sikap segelintir mahasiswa dan mahasiswi yang terlalu taksub dengan terma kebebasan & revolusi pada penghujung tahun lepas dan awal tahun baru ini menarik saya untuk mengupas isu ini. Kisahnya bermula apabila sekumpulan pelajar daripada UPSI dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bertandang ke PWTC KL untuk menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifuddin Abdullah pada Disember tahun lepas di mana terdapat segelintir mahasiwa tersebut pada hemat saya yang bertindak di luar batas & intelektual seorang mahasiswa dan penuntut institusi pengajian tinggi Malaysia yang tersohor seperti UPSI dan lain-lain. Tindakan mereka yang menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia dan memijak gambar tersebut amat tidak boleh diterima daripada mereka yang bergelar mahasiswa, tapi bukan isu tersebut yang ingin saya kupas.

Saya lebih suka untuk membicarakan tentang punca, tujuan,  teori dan rasional yang cuba dipraktikkan oleh kumpulan ini.  Ini kerana jika kita semua mengambil pendekatan menghentam dan mengecam tindakan mahasiswa tersebut semata2 , ia tidak akan membawa isu ini ke mana – mana kerana jiwa muda mereka semua mempengaruhi naluri dan tindak tanduk mereka

TEORI

Terdapat beberapa teori yang saya boleh ulaskan di sini berkenaan dengan agenda dan perjuangan revolusi oleh SMM. Pertamanya mereka semua benar-benar ikhlas dalam perjuangan memansuhkan AUKU dan menuntut hak kebebasan mahasiwa di Malaysia.  Mereka merasakan revolusi pendidikan peringkat tinggi perlu dilakukan agar pelajar-pelajar tidak hanya duduk di bawah tempurung dan terkongkong dengan AUKU. Sudah pasti AUKU ini digubal adalah untuk menyekat kebebasan mahasiswa dalam berpolitik di Kampus kerana kampus bukan platform yang baik untuk berpolitik. Saya juga merasakan AUKU ini relevan ketika zaman saya belajar dan tidak pernah terfikir untuk memulakan revolusi seperti mereka ini. Tetapi masa tetap berlalu & generasi baru mengambil alih tempat di IPTA/IPTS di Malaysia. Oleh yang demikian Mungkin Benar mereka semua ikhlas dalam perjuangan ini, mereka merasakan yang AUKU ini telah menyekat kebebasan mereka dalam berpolitik di kampus sekaligus menyekat perkembangan mereka dalam kemahiran berpolitik secara matang dan kepimpinan.   Mungkin dengan cara aktif berpolitik di dalam kampus mampu untuk meningkatkan kesedaran dan kematangan generasi Y ini dalam berpolitik di mana politik pra matang dapat dibentuk semasa di Kampus. Oleh itu mereka mampu membawa satu lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia di mana generasi Y ini mampu untuk bertempur dan bersilat dalam arena politik tetapi tetap teguh bersatu sebagai rakyat Malaysia dan rasional dalam kebanyakan isu terutama yang berkaitan kebajikan rakyat.

Politik matang merupakan Satu pemandangan baru dalam geopolitik tanahair sejak kemerdekaan Tanah Melayu jika ia terlaksana kelak. Disebabkan faktor ini mereka semua terpanggil dalam perjuangan revolusi menuntut pemansuhan AUKU dan Hak kebebasan Mahasiswa demi merealisasikan impian dan tujuan murni mereka. Saya setuju yang politik Malaysia tidaklah sematang politik negara2 maju seperti AS, Britain dll, mereka semua ada kelebihan dari segi mentaliti berpolitik kerana saya percaya kemerdekaan yang mereka kecapi lebih awal daripada kita semua dan faktor lain telah mematangkan cara mereka dari segi berpolitk. Pemansuhan AUKU pada mereka merupakan satu titik tolak dalam menjadikan generasi Y matang dan bijak berpolitik di masa akan datang. Melentur buluh biar dari rebungnya, alang2 menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan. Mereka berpegang teguh pada pepatah melayu ini lalu bangkit menuntut satu revolusi pendidikan pengajian Tinggi. Nampak sangat murni tujuan mereka dan secara jujurnya saya sokong jika niat mereka seperti ini tetapi adakah caranya betul dan kena pada tempatnya?

Teori kedua adalah mereka tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan menuntut hak kebebasan bersuara mahasiwa dan AUKU tersebut. Bertentangan dengan teori 1, teori kedua adalah sebaliknya. Di sebalik slogan KEBEBASAN MAHSISWA, MANSUHKAN AUKU, MAHASISWA TIDAK GENTAR dsbg mungkin terdapat satu helah yang cuba diamainkan oleh mereka semua ini. Siapa tahu tujuan mereka semua ini berarak ke jalanan, memijak gambar P.M, memanjat pagar UPSI, terpekik terlolong di saat2 pelajar2 lain sibuk mengulangkaji pelajaran terselit rasa gembira dan girang kerana dalam sejarah Malaysia Moden tidak pernah ada sekumpulan mahasiswa yang berani bertindak sedemikian. Hanya SMM yang mampu memecah tradisi dan semestinya ia telah mencatat sejarah di alaf baru ini.

Bagi mereka dengan meniru cara orang kaukasia iaitu berdemo di jalanan dengan mengambil ilham dataran Tahrir & Kota London itu merupakan cara yang sangat seronok dan bagus bagi melepaskan tekanan mereka menjelang peperiksaan akhir semester yang semakin hampir. Terdapat bukti temuramah dengan sebilangan pelajar-pelajar dan golongan belia di London semasa rusuhan di sana pada tahun lepas di mana pelajar tersebut mengatakan tujuan mereka membuat kekacauan dan ‘anarki’’ di Kota London hanya sekadar suka2 dan hiburan semata2. Mereka suka dengan tindakan mereka memecahkan kedai2, memukul pemilik kedai, memecahkan cermin kereta, membakar kereta, dan merompak Pelajar Malaysia di sana. Laporan polis dan badan bertanggungjwab yang mengkaji punca rusuhan tersebut juga ada menyebut perkara yang sama. Hasilnya? Rakyat Britain yang menanggung kesan dan kerugian daripada tindakan mereka semua. Mungkin juga pelajar2 Malaysia ini bertindak dengan niat yang sama, tapi ingat ini hanya sekadar teori.

Rasionalnya juga yang saya lihat adalah pada permulaan tercetusnya isu ini adalah ketika SMM serta beberapa pertubuhan pelajar lain berarak ke PWTC dan kesan berantai yang berlaku selepas itu adalah UPSI mengambil tindakan Tatatertib terhadap seorang mahsiswa kerana mencemar nama baik UPSI,  dan dia bakal dibicarakan pada 9 januari ini. Setelah saya melihat video 1 Januari 2012 di youtube dapat saya simpulkan secara teori yang tujuan mereka berhimpun di depan UPSI malam itu hanya bertujuan memperjuangkan seseorang yang bakal dibicarakan di UPSI kerana tindakannya sebelum ini. Jadi sudah terdapat unsur2 tidak ikhlas dalam perjuangan tersebut. Tetapi siapa tahu?

Teori ketiga adalah mereka ini hanya alat politik pihak tertentu. Saya tidak menolak kemungkinan besar tindakan meraka semua ini dipengaruhi oleh anasir2 politik di luar sana yang mahu menjadikan mereka semua ini sebagai alat dan catur demi kepentingan politik mereka semata2. Tidak lebih dan tidak kurang adalah kerana PRU yang semakin hampir di adakan di Malaysia menjadikan sesetengah pihak untuk mempergunakan pelajar sebagai alat dan senjata yang sangat berguna demi kelangsungan politik mereka. Saya suka mengaitkan tindakan mereka ini dengan teori ketiga ini kerana saya nampak kecenderungannya ke arah tersebut, tetapi hanya andaian dan teori semata2 dan tidak semestinya betul ataupun salah. Kita boleh lihat gerakan ini dilancarkan ketika Kerajaan dalam pertimbangan untuk memansuhkan AUKU seperti mansuhnya ISA.  Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Peguam Negara masih dalam penelitian dan kajian samada akta ini perlu dimansuh ataupun di tambah baik untuk kebaikan semua pelajar di IPTA/IPTS dan rakyat Malaysia amnya. Oleh itu, gerakan tersebut seolah2 dibuat tanpa motif yang jelas dan spesifik kerana kerajaan dalam pertimbangan dalam memansuhkan akta tersebut. Mungkin  mereka semua berpendapat menjadi ‘’Pressure Group’’ dapat mempengaruhi keputusan kerajaan dalam memansuhkan AUKU. Tetapi adakah cara berdemonstrasi itu mampu untuk memberikan jawapan yang pasti? Adakah tiada cara lain yang lebih sesuai dalam cuba mengetegahkan hasrat tersebut supaya ia didengar oleh kerajaan?

Apa yang saya nampak dan cuba simpulkan secara kualitatif bedasarkan video perhimpunan di UPSI tersebut, modus operandinya sama seperti BERSIH 2.0.  Sangat serupa, tidak lebih dan tidak kurang. Berdemonstrasi dengan sepanduk, membawa model keranda ala2 Eropah dengan gambar PM Malaysia satu ekstra yang tiada dalam BERSIH, membuat bising dan provokasi melampau, tidak mendengar arahan polis dan akhirnya seorang pelajar cedera di Muka kononnya ditumbuk oleh polis. Sama bukan? Tiada cacat celanya modus operandi perhimpunan tersebut dengan BERSIH 2.0. Membuat satu ‘’centre of attraction’’ untuk menarik perhatian orang ramai dan rakyat Malaysia serta dunia amnya. Pendek kata ‘’Law of Attraction’’ digunapakai dalam isu ini, mengheret Polis dalam hal ini dan menunjukkan kepada dunia yang Polis Malaysia ini memang kejam dan tidak berhati perut. Jadi yang cedera tersebut dibawa ke hospital dan dikatakan nazak tetapi hakikatnya sihat walafiat sahaja setelah gambarnya tersiar di internet, Ironinya dia juga dirawat di hospital kerajaan. Tuduhan kepada polis melakukan tindakan kasar terhadap mereka juga saya rasa merupakan satu tindakan melulu ataupun pukul rata oleh mahasiswa2 kepada pihak polis. PDRM bukan badan berkuasa yang bodoh dan tiada Otak dalam menjalankan tugas hakikinya, tuduhlah bagaimanapun terhadap polis. Pemikiran dan perancangan polis lebih jauh ke depan dan bernas daripada pelajar2 tersebut. Bukti2 menidakkan tuduhan tersebut sudah pasti disimpan oleh pihak polis dan sedia dikeluarkan jika keadaan mendesak. Tugas polis adalah menjaga keamanan & ketenteraman awam dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menghalang dan mengawal perhimpunan tanpa permit pelajar2 tersebut. Kasihan polis, tidak buat kerja di keji, buat kerja juga dikeji. Yang sedihnya kebanyakan polis  tersebut adalah Melayu, menghalang pelajar melayu, dicaci dan mencaci melayu juga.

RASIONAL?

Rasional di sebalik demonstrasi tersebut? Gerakan memansuhkan AUKU ini sebenarnya sudah wujud di Universiti di Malaysia sejak tahun 70 an lagi. Dan gerakan ini ditekan oleh pihak pentadbiran Kampus kerana ideologinya yang tidak sesuai dan membahayakan kampus. Dan setelah itu juga gerakan ini lebih cenderung ke arah gerakan bawah tanah di IPTA kerana tindakan gerakan ini tdk direstui oleh pentadbiran kampus. Gerakan ini juga menubuhkan persatuan dan kelab di Kampus dengan mendaftarkan nama persatuan mereka dengan nama yang agak selamat dan tidak menonjol, lebih kepada akademik contohnya Persatuan ILMUAN Mahasiswa dsbg (sekadar contoh). Saya sempat menemubual rakan saya yang merupakan bekas pelajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Malaysia. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa di kampus dahulu di mana beliau hampir terjebak dengan persatuan yang disangkakan persatuan akademik tetapi natijahnya bertopengkan akademik.  Persatuan tersebut ditubuhkan atas nama akdemik tetapi bertujuan dan bermotifkan politik semata-mata. Salah satu perjuangannya adalah memansuhkan AUKU agar mahasiswa bebas berpolitik di dalam kampus,  sama perjuangannya dengan SMM dan sewaktu dengannya. dan beliau mengatakan kekesalannya meyertai kumpulan tersebut kerana banyak masa dibazirkan bersama persatuan tersebut di mana masa tersebut adalah lebih afdal bagi dia gunakan untuk menelaah pelajaran. Tapi beliau mengatakan yang beliau tidak berapa aktif dan bertindak keluar daripada persatuan tersebut. Beliau juga mengatakan tentang ketaksuban ahli2 persatuan tersebut terhadap politik kepartian dan anti-establishment mereka.

Informasi yang sangat berguna saya dapat daripada beliau, dan dapat saya simpulkan ada rasionalnya tindakan pelajar2 tersebut kerana mereka telah berjuang untuk memansuhkan AUKU dan menarik perhatian Pihak Kerajaan berunding dengan mereka sejak sekian lamanya. Tetapi secara tipikalnya, perjuangan menentang dan mengajak kerajaan untuk berbincang adalah sia-sia terutama ketika zaman Tun Mahathir yang sememangya kita semua tahu ketegasannya dalam isu-isu akademik dan kelangsungan bangsa Melayu. Tetapi sampai bila kerajaan harus mengenepikan hasrat mereka yang mungkin 10 – 20 % daripada jumlah keseluruhan mahasiswa dalam isu AUKU dan kebebasan akademik ini? sampai masanya kerajaan harus berjumpa dan berunding dengan mereka dan menyelami hasrat mereka. Mungkin mereka benar2 dalam perjuangan memansuhkan AUKU dan inginkan perubahan dalam geopolitik Malaysia ke arah lebih matang dan berkelas dunia seperti teori saya yang pertama. Setelah saluran yang betul tidak diendahkan, oleh itu ‘’law of attraction’’ digunapakai untuk menarik perhatian kerajaan dan rakyat Malaysia amnya. Terjadilah demonstrasi yang mereka katakan mewakili seluruh hasrat Mahasiswa walaupun mereka tidak pasti samada tindakan ini direstui oleh semua mahasiswa di Malaysia termasuk saya sbg bekas Mahasiswa. Saya tidak tahu apa mekanisma mereka yang mereka gunakan dalam mengukur tindakan mereka ini adalah mewakili mahasiswa satu Malaysia. Pungutan suara sudah dibuat? Saya kira tiada lagi, kajian dengan mengambil kira pandangan bekas mahasiswa sudah dijalankan oleh mereka? Saya kira belum juga. Oleh itu ia mencetuskan satu tarikan besar terhadap isu AUKU dan memaksa kerajaan untuk menimbangkan semula tentang AUKU tersebut. Rasional tindakan mereka??

APA SELEPAS INI??

Saya tertanya-tanya apa tujuan gerakan ini selepas AUKU dimansuhkan dan kebebasan mahasiswa diberikan kepada mereka semua. Adakah mereka akan suka dan bersorak seperti wanita  yang mendapat bunga daripada buah hatinya? Ataupun seperti rakyat Iraq yang berpesta setelah jatuhnya Parti Baath dan rejim Saddam? Dan mereka akan mendabik dada kerana merekalah punca kerajaan memansuhkan AUKU. Tetapi jika tujuan mereka semata-mata bermotifkan politik dan anti-government, sudah pastinya mereka tiada isu yang boleh dijadikan modal dalam menghentam kerajaan selepas AUKU dimansuhkan. Seperti PR yang tidak dapat menggunakan isu ISA dalam menghentam kerajaan kerana ISA dimansuhkan oleh kerajaan walaupun pada hemat saya ia sekadar kosmetik semata-mata. Konsepnya sama, tapi skop nya berbeza. Jika kerajaan tetap berkeras dalam isu ini dan tidak tunduk kepada tekanan mereka, apakah SMM dan kumpulan lain akan terus melakukan demo di jalanan dan reputasi UPSI akan tercalar habis kerana persepi masyarakat yang telah berubah terhadap UPSI? 

Sampai bila kerajaan akan berdegil dalam isu ini, dan sampai bila mahasiswa yang terlibat dalam gerakan ini juga akan terus berjuang demi mencapai cita-cita kebebasan politik mereka? Dan sampai bila Mereka semua ni beranggapan dan membuat kesimpulan yang tindakan mereka ini adalah benar dan tidak salah serta direstui oleh semua dan bekas mahasiswa satu Malaysia seperti saya dan kalian semua?Obses dengan politik? Pelajaran? Masa depan? Bagi saya Universiti bukanlah tempat sesuai untuk menyemai benih-benih politik kepartian, bukan tempat seperti di Perancis dan Russia yang mengagungkan revolusi, juga bukan tempat pelajarnya bercirikan bangsa kaukasia di Eropah, dan juga bukan dataran Tahrir mahupun Kota London Moden.
By : Nuris~

1 comment:

  1. Ini sebenarnya boleh di anggap sebagai "diberi betis nak peha". Kerajaan dah pinda seksyen 15 AUKU untuk benarkan pelajar 21 tahun ke atas masuk parti politik walaupun ada MPP Universiti yang kurang setuju. Adam Adli tak puas hati psl mahasiswa tak boleh pegang jawatan dalam parti politik walaupun timbalan menteri pengajian tinggi kata ada kemungkinan akan dibenarkan. Langsung tak boleh sabar tunggu pindaan sebenar AUKU. lps tu tuntut kebebasan mutlak berpolitik dgn mansuhkan terus AUKU. Kalau dah galak sgt nak berpolitik tak pyh belajar. Bayangkan apa akan jadi kalau budaya politik melampau di bawa ke kampus. Satu kumpulan pro parti pembangkang dan satu kumpulan lagi pro parti pemerintah. Silap2 boleh bertumbuk sesama sendiri. Ahli parlimen pun kdg2 nmpak mcm tak matang dalam parlimen apa lagi student yang mengikut darah muda.

    ReplyDelete