Sunday, 8 January 2012

MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU DAN MUNGKIN ANDA TAHU


Mungkin anda  semua tidak tahu dan sedar tentang apa yang bakal saya ceritakan dalam artikel ini. Anda tidak sedar semasa anda membaca artikel saya ini ramai bayi yang lahir ke dunia ini, ramai manusia yang hilang nyawa, ramai yang sedang menjamu selera, ramai yang sedang lena dan membuang masa dsbg. Tetapi bukan ceritera ini yang saya ingin tulis untuk anda semua, mungkin anda tidak tahu dan sedar tentang perkara ini dan berkemungkinan juga anda tahu dan sedar tentang apa yang bakal saya ceritakan ini.

Artikel kali ini berkisahkan tentang pemerhatian saya selama 6 bulan setengah di atas jalanraya selama saya menaiki motosikal ke pejabat dan keluar bersosial. Kebiasaannya dan rutin harian saya ke tempat kerja adalah dengan menaiki motosikal skuter saya yang pernah digelar Jet Ski Darat ini..saya berulang alik daripada rumah saya di Klang ke Pejabat saya di Shah Alam setiap hari. Saya akan pastikan yang setiap hari saya akan menunggang motosikal ke pejabat daripada memandu kereta, saya tidak suka memandu kereta kerana tahap kesesakan di shah alam sudah sampai tahap ke 33. Saya lebih suka menunggang motor dan memerhati sekeliling ketika dalam perjalanan , tetapi jika saya memandu kereta saya juga akan memerhati sekeliling saya. itu memang hobi saya, saya suka menganalisa persekitaran yang saya lalui dan merekod di dalam otak saya.

Sepanjang pemerhatian saya semasa menunggang motor dan memandu kereta, saya dapati dan sedar satu perkara yang saya rasa agak ganjil dan saya tidak pernah terfikir mahupun sedar selama saya hidup atas muka bumi ini. Saya menilai jurang antara kaum di Malaysia dalam pemilikan kenderaan atas jalanraya dan mendapati satu perkara. Sepanjang perjalanan saya saya tidak pernah dan terserempak dengan penunggang motosikal berbangsa Cina yang usianya sebaya dan lebih kurang dari saya mahupun usia tuan/puan semua. Saya mendapati tiada satu pun bangsa Cina yang umurnya, fizikalnya, biografinya secara amnya sama dengan saya. Maksud saya di sini, orang cina yang berusia remaja, pertengahan/bawah 20 an ataupun 30 an yang menunggang motosikal untuk tujuan urusan harian samada kerja atupun lain-lain. Orang cina yang di pertengahan usia, yang kadangkala kita boleh gelarkannya sebagai ‘’apek’’ saya sering terserempak tetapi tak ramai. Tetapi mereka yang saya kira golongan Gen-X da juga Y tidak pula saya Nampak menunggang motosikal di lorong motor jalan persekutuan, KESAS, NKVE, LEKAS, LKSA, SKVE dan segala highway serta jalan bandaran di Selangor.

Bagaimana dengan kalian semua? Pernah terserempak? Kalau pernah saya Inginkan maklumbalas darpada tuan/puan semua. Saya pernah ajukan persoalan ini kepada rakan-rakan saya dan mereka juga tidak sedar tentang perkara ini. Saya menyuruh mereka untuk membuat Pemerhatian semasa mereka menunggang motor, tetapi hasil yang mereka dapat juga seperti saya. Cuba tuan/puan fikirkan dan ingat semula di fikiran , pernahkan anda semua terserempak dengan mereka ini sebaya usia tuan puan menunggang motor untuk ke tempat kerja mahupun keluar berdating dan bersosial? Oleh itu saya buat sedikit kajian secara pemerhatian selama 6 bulan untuk mengesahkan isu ini. saya dapati cina yang Gen-X & Y ini tidak menunggang motor untuk urusan harian, tetapi mereka memandu kereta dan yang paling unik mereka semua menaiki kenderaan awam terutama bas untuk ke tempat kerja dan ke pusat membeli belah. Bangsa melayu pula saya dapati adalah bangsa yang paling ramai ataupun majoriti penunggang motor di Jalanraya untuk ke tempat kerja mahupun keluar bersosial. Sepanjang saya menggunakan lorong motor di Jalan Persekutuan untuk ke pejabat dan urusan lain, saya dapati yang laju, yang menunggang secara berbahaya, yang rempit, yang lari dari polis, yang eksiden dan yang mati semuanya Melayu. Jarang saya melihat penunggang motor berbangsa cina usia pertengahan 20 an yang mati kerana kemalangan, kalau kemalangan kereta ya itu ada. Saya teruskan pemerhatian saya, saya dapati di parkir motor pusat membeli belah juga majoriti anak2 muda melayu dan juga sedikit bangsa india.  Saya memerhati lagi, saya perhatikan yang anak2 cina ini kalau pulang daripada tempat kerja mereka akan menaiki kenderaan awam ataupun dijemput oleh ibu bapa mereka.

Saya tertanya2 apakah punca dan sebab kepada semua inI? tidak saya sngka terdapat polarisasi kaum dalam pemilikan kenderaan yang agak ketara di atas jalan di Malaysia ini. Saya terfikir adakah ini bukti jurang pendapatan yang ketara antara keluarga Melayu dan Cina di mana keluarga cina di Malaysia mampu untuk membelikan anak2 mereka setiap seorang sebuah kereta untuk urusan harian tetapi keluarga melayu pula kebanyakannya tidak mampu? Anak2 muda melayu kita semua selepas tamat pengajian perlu bekerja, menyimpan duit untuk berkahwin, membeli kereta dan rumah tetapi menunggang motor juga pilihan utama. Ataupun ini bukti kepada kita semua yang mentaliti bangsa cina secara amnya sangat tinggi dan mereka mempunyai kesedaran tentang bahayanya bagi anak2 mereka untuk menunggang motor untuk urusan harian mereka? Saya akui yang menunggang motor amat merbahaya dan bila2 masa sahaja nyawa boleh melayang samada disebabkan oleh kecuaian kita sendiri mahupun orang lain. Walaupun kereta juga berisiko, tetapi risiko kematian adalah tinggi bagi penunggang motor. Ini telah terbukti dengan statistik kemalangan yang tertinggi di Malaysia adalah dari kalangan penungang motor berbanding kereta. Cuba anda lihat, golongan rempit di jalanan itu semua dari mana asal bangsa mereka, adakah anak cina yang terlibat dalam aktiviti rempit tersebut.  Kadangkala saya ke bengkel motor untuk membaiki motor saya dapati semuanya penunggang motor melayu dan india, saya dapati juga yang berduyun-duyun membeli motor di kedai motor adalah anak-anak melayu kita..tetapi Ironinya, taukeh dan Tuan punya kedai adalah bangsa mereka…hmmm…ironi sungguh…apa pendapat anda??

By : Nuris

No comments:

Post a Comment