Tuesday, 10 January 2012

POLITIK DAN POLEMIK



Acapkali kita mendengar tentang polemik-polemik yang dimainkan oleh pihak2 yang berkepentingan dalam politik tahahair samada di pihak BN ataupun PR. Bagi saya polemik ini merupakan isu murahan yang cuba dimainkan untuk menyentap nilai sentimental dan meraih simpati, di samping cuba untuk menjadi jaguh dan bermain wayang. Tiada yang baik dalam permainan polemik dalam politik di Malaysia mahupun di merata dunia. Secara amnya polemik bermaksud 
perdebatan mengenai suatu masalah yg dikemukakan secara terbuka dl media massa Secara dasarnya juga polemik ini amat berguna dalam permainan psikologi dalam parti politik, pendek kata siapa yang menjadi jaguh dalam isu-isu sensitif dan boleh membawa keuntungan politik jangka pendek dan jangka panjang kepada parti mereka. Pada hemat saya polemik ini tidak sepatutnya berlaku dalam arena politik tanahair kerana bermain polemik ini ibarat permainan kanak-kanak yang masih belum matang. Sepatutnya Politikus dan Parti politik di Malaysia yang kebanyakannya sudah mencapai taraf Political Animal ini lebih matang dalam cara berpolitik mereka, bukan dengan menjaja isu-isu murahan untuk meraih publisiti dan menunjukkan bahawa mereka adalah jaguh.

Saya suka melihat isu-isu polemik yang dimainkan dan dimomokkan oleh kedua-dua belah pihak, kadangkala terasa lucu dan kelakar kerana mereka semua terpaksa menjadi politikus tahap ke tiga untuk bermain isu polemik. Tetapi di sebalik kelucuan tersebut, saya percaya juga berkemungkinan mereka tidak bermain polemic semata-mata, tetapi serius dalam memperjuangkan isu-isu yang di dendangkan tersebut. Di pihak kita, kita boleh tafsirkan sendiri samada mereka semua ikhlas ataupun tidak melalui cara mereka memperbesarkan isu –isu tersebut. Kita mempunyai akal fikiran dan pancaindera untuk berfikir dan melihat, jadi kita berhak untuk menilai sendiri apa sebenarnya yang cuba di bawa oleh mereka semua. Selalunya bila timbul isu polemik, akan timbul pula isu dipolitikkan. Itu lumrah, kesan berantai daripada isu, polemik dan ke politik itu perkara biasa di Malaysia. Perkara-perkara yang dipolemikkan ini selalunya akan disensasikan oleh media massa samada cetak ataupun elektronik, ini termasuk media ketiga iatu blog-blog di internet. Penggunaan media dalam mencetuskan satu kesan dan perasaan kasihan, sentimental , melankolik sekaligus menyebabkan perasaan marah dan geram dalam sesuatu isu amatlah berkesan. Penggunaan media ketiga seperti blog dan Facebok amatlah berkuasa dalam menjadikan isu-isu in sebagai sandaran dalam usaha untuk mencapai sesuatu tujuan politik berskala mikro ataupun makro. Selalunya ia digunakan untuk menjatuhkan kareer individu ataupun menyerang parti secara keseluruhan. Jadi ia membawa erti dan makna kemusnahan reputasi dan imej secara partial ataupun total, sekaligus cita-cita politik penyerang tersebut tercapai. Bagi saya mereka2 yang suka bermain polemik (mereka yg tidak jujur) adalah mereka yang tiada integriti dan perasaan malu kerana memperjuangkan sesuatu isu atas kepentingan politik semata-mata, bukan dengan niat yang ikhlas dan jujur.

Saya bagi beberapa contoh polemik yang dimainkan oleh parti-parti politik di Malaysia, contohnya isu kematian Aminul Rashid yang mati ditembak oleh pihak polis sebelum ini. saya mengikuti kes tersebut dan saya mendapati ia merupakan salah polis dalam melakukan operasi, saya berpendapat polis yang menembak tersebut perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal. Tetapi isu tersebut disensasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam politik samata –mata untuk mencapai tujuan politik. Dalam kes Ini pihak polis dijadikan kambing hitam secara bulat-bulat dan segala kesalahan diletakkan ke atas pihak PDRM. Seolah-olah PDRM itu badan yang tidak tahu menjalankan tugas dan kejam kerana menembak tanpa usul periksa. Imej PDRM betul2 tercalar kerana isu ini yang bagi saya dipolemikkan secara melampau oleh sesetengah pihak. Isu lain pula seperti isu perhimpunan BERSIH dan Mahasiswa sebelum ini yang kita boleh lihat videonya di youtube, kita boleh melihat bagimana keadaan kelam kabut dalam video tersebut yang dicetuskan. Dan isu ketegasan PDRM di polemikkan juga demi kepentingan sesetengah pihak, isu Polis mencederakan orang awam dan pelajar di sensasikan seolah-olah untuk mencetuskan satu persepsi di mata dunia yang seolah2 mereka melihat Malaysia ini kejam dan tiada demokrasi, badan2 berkuasa menjadi pak turut dsb. Tetapi ironinya polis-polis yang mereka kutuk ini jugalah yang mengeringi mereka jika ada lawatan rasmi dan kerja, polis2 inilah tempat mereka bergantung jika berlaku kes2 penculikan ataupun kecurian, dan polis2 inilah yang mereka akan gunakan jika mereka berkuasa sebagai sebuah kerajaan kelak.

Begitu juga dengan isu2 sensitif berkaitan dengan perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu, islam dan lain2 serta isu-isu lain yang saya percaya tuan/puan boleh fikirkan sendiri. Mungkin kadangkala secara kasar kita boleh Nampak perjuangan mereka ikhlas dalam sesetengah isu, tetapi dalam politik moden ini siapa yang boleh memberikan jaminan? Politik sekarang adalah politik caca marba. Hari ni si mereka boleh berkata A, esok B dan lusa C, tidak kisahlah sebelah BN ataupun PR. Masing-masing berjuang atas landasan politik yang berbeza, tetapi tujuan nya sama iaitu Kuasa. Politik ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk mencari pengaruh dan kuasa untuk tujuan yang baik mahupun tidak baik. Saya mengharapkan politik Malaysia berubah iklimnya kepada politik caca marba kepada politik yang matang dan berkelas dunia, di mana politikus dan parti2 politik mampu berdiri dan bersama sebagai rakyat Malaysia walaupun berbeza pendapat dan ideologi. Begitu juga pendokong2 dan penyokong kedua-dua belah pihak.

By:Nuris


No comments:

Post a Comment