Thursday, 5 January 2012

BEBAS 1.0

Baiklah tajuk di atas sebenarnya berkaitan ttg tunjuk perasaan@demonstrasi@ huru hara yang dibuat oleh golongan baru dalam arus politik yg kononnya “sedang bangkit” baru2 ni. Masuk ni dah dua kali golongan ni buat benda yg sama.

Sebenarnya dalam dunia ni memang payah nak dapat sesuatu yang boleh buat dua-dua pihak puas hati. Dalam beragama pun kita boleh lihat pelbagai fahaman yang muncul. Tak ke pelik satu perintah tapi mempunyai pelbagai kefahaman oleh manusia? Dan sesetengahnya memang tak boleh diterima dek akal langsung. Tu dalam bab agama. Macam mana pulak dlm politik? tentu la lebih banyak fahaman-fahaman yg muncul. Semua penyokong fahaman ni mesti nak fahaman diorang menjadi pengikut yg ramai.

Dalam konteks Malaysia yang aman makmur ni,kenapa mesti perlu ada tindakan yang boleh merugikan masa depan sendiri?cuba tgk peimpin hari ni, mereka terlibat dgn politik keterlaluan ke waktu mereka belajar dulu? Ada isu lain yang boleh kita perjuangkan (kebajikan pelajar miskin, bantuan kepada warga emas, sekadar beberapa contoh). Saya berkecenderungan mengatakan tindakan sesetengah mahasiswa (ada blogger yg panggil mahasewelsiswa) ni bertindak melulu tanpa membuat pertimbangan yang wajar. Apa tujuan sebenarnya berdemonstrasi?

Nak popular mendadak? Banyak cara lg dik. Belajar la rajin2.dpt anugerah yg jarang2 pelajar Malaysia dpt mesti lebih terkenal. Dapat la membanggakan keluarga & diri sendiri. Lepas tu sertai la parti pembangkang. Tak boleh? Cuba tgk berapa ramai wakil2 rakyat dari Pakatan Rakyat yg terdiri dr golongan professsional. Boleh je msuk politik..DR Hassan Ali, DR. Badrul Amin, PROF DR. Ramasamy, DR Mansur, dan ramai lagi la.

Ada pendapat yg kata mahasiswa ni dah hilang sabar sbb hak diorg dah kena sekat. Hak apa sebenarnya. Kalau kita faham prinsip asas organisasi, kita mesti ikut undang-undang yang organisasi tu buat (Malaysia). Undang-undang yang ada mewakili majoriti sebenarnya kalau kita sedar (kita bincang dalam tajuk lain). Kalau kita x suka, kita boleh keluar daripada organisasi tu sebagai tanda protes.

Nak bela individu yg teraniaya? Ramai lg kot org kt luar sana yg teraniaya. Kenapa seorang je yg diberi perhatian? Apa istimewa sgt beliau tu? Kita kena ingat, individu dtg dan pergi. Prinsip perjuangan yg penting. Kamu semaua kebanyakannya baru je berumur 22. Ada masa lg nk jd ali politik la. Lg pun korg dh layak utk mengundi. Kenapa nak buang masa buat demo yg akhirnya meyusahkan diri sendiri. Siap ada yg mati sekejap.hihi. ngeri betul la. Cuba tgk kt Indonesia. Hari2 ada demonstrasi tapi apa hasil yg diorg dpt? Tunggu la sampai musim pilihanraya. Luahkan ekspresi yg x puas hati tu ke dlm peti undi. Saya yakin rata2 yg ikut program memBEBASkan mahasiswa tu belum pernah mengundi pun. Setakat mengundi dlm pilihanraya je ada la kot.

Akhirnya adik2, jgn diikutkan darah muda yg panas tu. Islam meletakkan wasatiyyah @ besederhana dlm smua perkara walaupun hal2 ibadat. Jadi berbaloi ke bermati-matian pada “hobi” yg x seberapa ni?
Hingga dakwat yg terakhir!

By : Amer Amar..

No comments:

Post a Comment